Pengajaran 4: Antara Babi dan...

Friday, August 31, 2007

dulu, saya pernah terima satu email. gamba seorang budak perempuan bertudung, memakai labcoat dan memegang anjing. semua orang marah. tp saya buat tak tahu saja.

minggu lepas pun sama. gamba seorang budak perempuan bersama babi dan anak babi. orang pertama yg memforwardkan email kepada saya itu marah yg teramat pada budak perempuan yg bersama babi tersebut. saya pun buat tidak tahu juga.

saya bandingkan, jika dapat gambar budak perempuan dengan lelaki perpegangan tangan atau berpelukan, si pemforward akan komen "ish.. ish.. ish... budak2 zaman sekarang.." tp bila budak perempuan dengan babi/anjing "budak ni tak tau hukum ke? bodoh ke? gila ke? etc. etc.".

ini menandakan satu agenda kuffar telah berjaya. agenda yg terkandung dalam Ghuzwul Fikr atau Serangan Pemikiran. dek kerana adegan2 peluk cium itu sudah sebati dalam pandangan mata kita, maka kita sudah hilang sensitiviti. umpama seorang tukang besi yg sudah tidak terasa panas berada di tempat pembaraan, kita sudah tidak berasa panas lagi dengan perkara2 yg jelas nyata haramnya. tp disebabkan memegang babi dan anjing, bukan perkara biasa dalam masyarakat kita, maka kita nampak ia sebagai satu perkara yg amat besar!

anjing dan babi, mengikut imam syafie adalah najis mughallazah (najis berat) dan wajib disamak. dan tidak pulak BERDOSA sekiranya sengaja menyentuh binatang2 itu. mengikut pendapat imam maliki pula, hanya jilatan saja dikira najis. jadi, apa masalahnya? budak perempuan itu bermain dengan babi, kemudian boleh disamak. kalau lelaki dan perempuan bukan mahram yg bersentuhan tanpa keperluan, nak samak bagaimana ya?

nampaknya, kita sebagai orang Islam sudah buta dalam agama kita sendiri. tidak perlulah kita risau tentang Malaysia ini sebuah negara Islam atau tidak, kalau antara babi dengan lelaki/wanita bukan mahram pun kita masih keliru tentang hukum-hakamnya.

"adalah lebih baik kamu bergomol dgn seekor babi yang berlumuran lumpur dari kamu memeluk seorang perempuan yg bukan mahram" - hadis riwayat Bukhari & Muslim.

~tp, orang Islam di mana2 pun, pegang perempuan tak apa, malah bersekedudukan pun tak apa, tapi bila bab makan, check dulu ada babi ke tak :)

by Mommy Lyna at 11:55 PM 5 comments

Pengajaran 3: Di Ambang Ramadhan

Thursday, August 30, 2007

alhamdulillah, tahun ni diketemukan dengan ambang Ramadhan lagi. semoga diketemukan ngan Ramadhan pula.

tahun ni saya berasa agak gementar juga. rasanya ingin membuat pembaharuan dalam menyambut Ramadhan, tp keadaan tidak mengizinkan. insyaAllah, utk tahun2 ke hadapan saya akan cuba utk menghidupkan suasana menyambut Ramadhan di rumah ini, bersama keluarga terutam anak-anak.

seawal syaaban, sepatutnya saya sudah mulakan perayaan menyambut Ramadhan di rumah. antara perayaan pre-Ramadhan yg dianjurkan ialah:-
persiapan dgn puasa – Rasulullah berpuasa dgn banyaknya di dalam bulan Syaaban. tidak pernah Baginda berpuasa di bulan2 lain sepertimana di bulan Syaaban.

persiapan dgn bacaan Al-Quran – kena start momentum bacaan Al-Quran kita since Sya’ban, so bila dah dtg Ramadhan nnt kita tak akan ada mslh utk meneruskan tilawah kita.

persiapan dgn doa – mesti berdoa supaya ditemukan dgn Ramadhan, even sahabat2 Rasulullah dahulu berdoa supaya ditemukan dgn Ramadhan 6 bln sebelumnya kerana teramat rindu pada Ramadhan.

persiapan dgn tazkirah Ramadhan bersama keluarga – dgn mengulangkaji fiqih2 & fadhilat2 puasa bersama keluarga.

menghias rumah untuk menyambut Ramadhan – untuk memberi smgt kepada anak2 bg menyambut Ramadhan, boleh gantung hiasan2 n belon2 bg memeriahkan suasana. insya-Allah akan saya laksanakan utk anak2 kelak.
saya amat bersyukur kerana tahun ini kami bakal dikurniakan cahaya mata menjelang Syawal, jadi tiada keghairahan menyambut Syawal, tiada pakaian baru mahupun budget utk kuih2 dan sebagainya. apa yang penting bagi kami suami isteri ialah persiapan menyambut kelahiran cahaya mata pertama kami, yang dijadualkan genap 40minggu pada aidilfitri. semoga beliau selamat dilahirkan pada tarikh tersebut.

bulan ini juga mempunyai sejarah utk diri saya, di mana saya menyambut hari kelahiran ke-26 tahun Hijriah pada 21 Syaaban, yakni pada 3 September ini. semoga saya akan menjadi hamba Allah yang lebih baik sepertimana kebaikan yang Allah limpahkan dalam bulan Syaaban.

by Mommy Lyna at 5:46 AM 2 comments

Pengajaran 2: Tentang Merdeka

bila sebut tentang merdeka, sesungguhnya saya have no idea utk memberi pendapat. melainkan pendapat2 yg mmg tipikal la:-
-merdeka makanya kita bebas dr sebarang bentuk penjajahan
-lambang perjuangan tokoh2 kemerdekaan
-kita berupaya berdiri atas kaki sendiri
-etc.etc.

sebagai hamba Allah, kita memang sudah merdeka sejak azali lagi. merdeka utk mengutarakan pendapat, merdeka utk memilih cara hidup, namun tetap berlandaskan syariat yg telah Allah gariskan. namun, sebagai hamba yg merdeka ini, merupakan satu benda yg rumit pula utk menetapkan sempadan kemerdekaan kita itu.

contohnya sebagai manusia di bumi merdeka. kita katakan, kita merdeka dari sebarang bentuk penjajahan. sebenarnya tidak. kita masih terjajah dalam kepala hotak ni. kita tak ada keupayaan utk berdiri lagi sebenarnya. ya, kita sudah meningkat maju tp di sebalik kemajuan itu, siapa yg berdiri? kita cuma tinggal sebagai pengkritik yg tidak dipedulikan saja. siapa nak kisah? kita cuma ada suara tp tiada upaya. bukan kah itu masih terjajah namanya?

sebagai hamba Allah, kita terjajah dgn pemikiran bukan2 yg akhirnya menyebabkan kita sendiri confuse. kenapa ini berlaku? kerana kita cuma ambil Islam sekerat2 saja. jadinya yg banyak kerat itu menjadikan kita mengeluarkan banyak persoalan daripada jawapan. sebab kita tidak memerdekakan diri dan pemikiran utk mendalami Islam. kita cuma nampak apa yg kita nampak dgn mata kasar saja. utk belajar tentang Islam, bukan semacam makan kek. nampak sedap & ia memang sedap. ia seperti membuat kek. tidak tahu, tidak jadi. ramuan xbalance, tak jadi. silap sikit, tak jadi.

perasaan merdeka itu datang bila, kita tahu apa kita buat, faham apa kita cari. dan orang menghormati kita kerana keyakinan kita.

itulah merdeka.

by Mommy Lyna at 2:07 AM 0 comments

Pengajaran 1: Mengenal Mad'u

Saturday, August 25, 2007

Saya mendapat pengajaran yg besar smlm. Setelah sekian lama meninggalkan arena..

Seorang blogger ada menulis tentang keutamaan beribadat di malam Nisfu Syaaban. Biasalah benda2 mcm ini kan. Saya menegur beliau kerana terlalu taksub dgn ‘pahala yg banyak di malam nisfu syaaban’. Saya katakan bahwa apa yg disukai Allah ialah amalan yg sedikit tp berterusan, bukannya amalan segunung pada hari2 tertentu sahaja. Ternyata beliau tidak bersetuju & terus mengatakan bahawa amat rugi sesiapa yg tidak menunaikan amalan2 yg disunatkan pada malam tersebut. Saya pula berkata, yg penting amalan kita sehari2, xperlu nk ditekankan pada hari2 tertentu (ni ke Islam had-hari?) utk beribadat..saya xsebut la tentang bidaah dlm amalan tersebut & perbuatan tercela yg hanya beribadat pada hari2 tertentu saja.

Tahu apa? Ramai la pula kawan2 beliau yg mengkondemn saya. Konon2nya saya saja2 nk argue atas perkara baik, dan menghalang org nak beribadat, etc.

Akhirnya aku mengambil keputusan utk diam saja. Dan sesungguhnya tidak akan pergi ke laman itu lagi.

Sebelum bercerita tentang mad’u tadi, suka utk saya berpendapat skg kita amat2 konfius dalam ibadat. Disebabkan amalan2 yg berzaman2 dibuat oleh masyarakat kita, kebanyakannya berputar pada hari2 tertentu, etc. bukan salah, dan bukan tidak elok. Mmg bagus utk beramal, tp amal yg baik ialah yg berterusan. Biar sedikit tp hari2 kita buat. Bukannya hanya pada bulan Rejab, hari nisfu syaaban, etc. Sebabnya hari nisfu buku catatan kita direnew lalu semua org pn nak berpuasa, baca yasin, solat sunat etc. pada hari itu. Siapa tak dpt buat, rugi2 yg amat.

Salah sebenarnya pendapat sebegitu. Malah hadis2 tentang amalan tersebut sudah dipersetujui ulama’ sebagai hadis maudu’ yakni yg direka2 & bukan amalan Rasulullah. Malah dlm Islam, sekali lg dinyatakan, no such hari2 tertentu yg pahalanya lebih dari hari2 lain. Unless yg mmg sudah termaktub dalam al-Quran spt malam lailatul-Qadar. Tp pahala tu satu perkara yg sgt subjektif. Tidak dikira dgn 1,2,3,5 ribu, 6 juta, etc. hanya Allah saja yg tahu. & mlm lailatulQadar pn tiada siapa yg tahu. Ulama2 membuat kesimpulan dari apa yg Rasulullah buat, yakni iktikaf pd 10 mlm terakhir. Tp itu tidak membuktikan lailaltulqadar pd malam2 tersebut. Jadi mengikut logic pemikiran, kenapa Allah rahsiakan Lailatul-Qadar? Tidak lain tidak bukan supaya kita beribadah setiap hari. Kalo x, malam lailatulqadar je la pakat2 bgn semayang.

Mengenai mad’u.. sesungguhnya amat2lah penting utk mengenal mad’u dgn sebenar2nya. Saya sgt silap kerana assume budak itu adalah seorang yg ‘faham’. Itulah sebenarnya, amat penting utk mengenal mad'u sebelum bercakap dengan beliau.

Maka saya dpt membuat kesimpulan, para mad’u terdiri drp beberapa tahap.
1. kelas A : kerakyatan biasa, tp rasa mereka tahu banyak & rasa cukup best. Bila ditegur, akan melenting.
2. kelas B : latarbelakang spt kelas A tp humble. Bial ditegur tidak melenting tp akan bertanya utk clarification.
3. kelas C : latarbelakang spt kelas A & kelas B tp mempunyai semangat inkuiri utk belajar.
4. kelas D : up sedikit. Faham dan mahu mendalami agama.
5. kelas E : faham, mahu mendalami dan mahu menyampaikan kepada org lain.
6. kelas special SA: tidak mengambil tau soal agama. Bla ditegur, melenting.
7. kelas special SB: tidak mengambil tau soal agama tp bila ditegur, boleh terima.
8. kelas special SC: tahu soal agama, suka mendalami tp suka berdebat tentang perkara2 yg tidak2, spt agama semua sama saja, Islam teroris, etc.
setiap kelas2 yg tersebut, mempunyai cara2 tersendiri utk didekati. Dalam tarbiah pun ada tahap2nya, bukan sekali harung saja. Berikut sedikit panduan utk mendekat kelas2 tersebut:-

KELAS A: biar kan mereka berasa best dgn pengetahuan mereka. Jgn berhujah, jgn melawan, tp banyakkan bertanya kepada mereka & soalan biar berdasarkan hadis/ayat Quran. Sampai last2 mereka akan sedar sdr bahawa selama mereka hanya perasan bagus & hentam keromo saja.

KELAS B: teruskan merapati mereka & berdiskus tentang apa yg mereka keliru.

KELAS C, D & E: kelas ini tidak susah kerana mereka akan mencari kita.

KELAS SA: jgn tegur, jgn sound. Tp tunjukkan contoh yg baik, semoga satu hari mereka akan tergerak hati. Kalo ditegur/disound dirisau akan merosakkan hubungan pula.

KELAS SB: bole sound tp jgn sampai menyinggung. kalo beliau adalah kawan rapat kita bole sound direct.

KELAS SC: jgn marah tp berhujahlah dgn cara berhikmah. Daei perlu byk ilmu utk berdepan dgn mereka ini. Kerana mereka sudah tersedia hujah yg bukan2 di kepala.. hehehe.

Yg penting bg seorang daei ialah persiapan utk menjadi mad’u utk diri sendiri, menjadi murid utk diri sdr. Sudah nature manusia, tidak mahu terima dari sumber melainkan yg bagus2 sahaja. Kalau kita adalah golongan ustaz/ustazah atau yg berpendidikan agama, mungkin mudah kerana pakej itu sudah ada. Tapi disebabkan kita hanya orang2 biasa yg tiada keistimewaan tersebut, perkara terpenting ialah menjadi sahabat mereka yakni orang yg boleh dipercayai. Jadi, sorang daei hendaklah menjadi teman sebelum menjadi daie kepada mereka2 ini.

Kejadian ini sesungguhnya membuka mata kepada saya, bahawa ukhwah Islamiyah di kalangan penduduk Malaysia memang tidak boleh dibanggakan. Kita mungkin hanya berukhwah sesama golongan kita saja, tapi orang2 lain kita tinggalkan dengan fahaman2 yg turun temurun diamalkan. Mungkin mereka 'faham' tapi disebabkan tiada hubungan dengan orang2 yang lebih 'berfaham' menyebabkan pemahaman mereka tersekat di satu tahap saja.

Jadi adik2 dan anak2 sekalian, berukhwahlah. Semua yg ada di sini adalah saudara kita. Kita dan merekalah yang mesti menjaga kesucian agama kita sendiri.

by Mommy Lyna at 12:50 AM 0 comments