Bacalah al-Quran

Monday, September 24, 2007

semasa saya mula hamil, antara nasihat yg saya dapat secara kerap ialah "bacalah al-Quran surah Maryam, Luqman dan Yusuf".

saya? tidak. sejujurnya saya tidak mengamalkan surah2 tersebut. kenapa? kerana bagi saya al-Quran itu adalah satu manhaj (sistem atau cara) hidup bagi seorang Muslim, dan bukan bahan bacaan utk masa2 tertentu. dan membaca Quran ketika hamil, li (untuk) siapa? lillahi taala atau lil anak dalam kandungan? jika puasa, sekiranya berbuka kerana bimbangkan anak dlm kandungan, ibu itu wajib membayar fidyah, yg mana pengertian fidyah itu sebagai 'tebusan' krn berbuka kerana anak dlm kandungan, bukan lillahi taala. jadi, jika mengaji kerana anak dalam kandungan dan bukan lillahi taala, bagaimana ya?

ah perkara kecil saja itu, tidak usah dibesar-besarkan.

namun bagi saya, peranan al-Quran dalam kehidupan kita semakin terhakis. kita mengaji (saya mungkin) tetapi tidak memahami makna. ya benar, ada satu kisah tentang pertanyaan seorang budak kepada atuknya, mengapa kita masih mengaji tetapi tidak memahami apa yg kita baca, lalu datuknya memberi analogi tentang bakul kotor yg dicelup2 dalam air & menjadi bersih. saya tidak tahu dari mana sumber cerita itu, tp saya rasa itu kisah rekaan orang Melayu atau orang yg tidak memahami bahasa al-Quran utk menggalakkan anak2 mengaji Quran walaupun tidak memahami apa yg dibacanya.

namun, menurut Syed Qutb, membaca Quran tnpa mengetahui kepala ekor apa lagi mengamalkannya, ialah seperti membaca preskripsi yg diberi oleh doktor klinik tp tidak menelan ubatnya. dgn membaca senarai ubat, bolehkah kita sembuh dari sakit? dan dengan menggantung senarai ubat di leher, boleh menyembuhkan kita kah? (namun Allah itu Maha Kaya, meskipun kita tidak memahami al-Quran, namun tetap dicampakkan ketenangan ke dalam setiap hati yg membacanya, subhanallah).

berbalik kepada amalan mengaji Quran, saya dapati (mungkin amalan saya?), keaktifan mengaji adalah pada masa2 tertentu. contohnya, bulan Ramadhan (alhamdulillah, kadangkala sy sempat khatam dlm sebulan ini), malam nisfu syaaban (yaasin 3 kali), malam jumaat (yaasin), di kala menziarah orang sakit & jenazah, dan beberapa upacara keagamaan. benarkah di situ saja al-Quran menjadi sumber pahala terbesar dalam hidup kita? adakah dengan mengaji pada malam Jumaat, pahala yg diperoleh amat besar berbanding hari2 lain?

wallahuaklam. saya tidak tahu, tp saya tidak tahu mengira pahala. bagaimana formulanya saya tidak tahu dan tidak ambil tahu. namun yg saya pasti, pahala tidak ada kena mengena dengan law of scarcity. jika kamu buat banyak & sy buat sikit, pahala kamu itu tidak ada kena mengena dengan saya. dan sama ada kamu ikhlas dalam beribadah atau tidak, itu tiada kena mengena dengan saya. bagi saya, perkara paling penting dalam apa jua benda yg kita buat, sama ada sesama manusia atau dengan Allah, ialah keikhlasan. jika beribadat dengan ikhlas, kita tidak peduli lagi tentang pahala. malah itu akan menjadikan kita lebih takut dan harap kepada-Nya. dan hubungan ketakwaan itu tidak hanya berlaku pada hari2 tertentu, tetapi setiap masa. setiap masa kita adalah hamba Allah. jika jadi orang gaji, mungkin hari ni encik A bos kita, esok mungkin encik B dan kita sudah tak heran lagi pada encik A. tp Allah adalah Tuhan yg mutlak. semalam, hari ini, esok, tahun depan, bila2... hanya Allah saja Tuhan kita.

kita bukan saja hamba, malah kita adalah makhluk yg Allah ciptakan. OK, jika kita membeli satu barang di kedai, contohnya mesin basuh, apa yg ada bersama2nya? manual, bukan? jadi, pembuat mesin basuh itu membekalkan menual supaya mudah kita mengoperate mesin itu. dan supaya kita tidak trial & error, tekan sana sini kemudian rosak. jadi, sebagai 'objek' ciptaan Allah, Dia telah membekalkan manual utk kita, supaya kita tidak menjadi rosak. itulah dia al-Quran. tp kita xsedar pula bahwa itulah manual kita. kenapa? senang saja... sebab kita tak faham apa yg manual tu cakap, hehe.

tp sekarang ni, manual tu dah diterjemah dalam macam2 bahasa. cumanya, ia hanya jadi bahan rujukan time usrah saja. mungkin kita beralasan, takut tersalah tafsir, nanti berdosa. kenapa? kita dah tak faham bahasa sendirikah? jika tidak yakin membaca terjemahan, kitab2 tafsir yg mudah berlambak2 di kedai. takut juga? ya lah.. takut tersalah tafsir & tafsir ikut kepala otak sdr, nanti boleh jadi sesat. jadi bagaimana utk tidak sesat? kita kan hidup dalam masyarakat Islam, di mana2 ada saja org yg boleh kita rujuk. guru2 agama, ustaz, ustazah, malah mungkin ada kawan2 kita yg ada belajar tentang al-Quran. lagi pula, apa gunanya Allah mengurniakan akal kalo utk menggunakannya pun kita rasa was2? tidak takut pula jika Allah tarik balik nikmat akal :)

bacalah al-Quran. pelajari tajwidnya. cuba fahami maknanya. jika tidak semua, sekurang2nya kita tahu apa maksud surah yg kita baca. bayangkan, jika kita hari ni dah baca Quran celup2, bacanya hanya pada hari2 tertentu (had-hari?), ketika hamil/isteri hamil, ketika susah hati, etc.. bagaimana nasib al-Quran nantinya di zaman anak2 kita? jika kita sendiri tidak mengerti kenapa diturunkan al-Quran itu d malam bulan Ramadhan yg suci ini, bagaimana pula anak2 kita nantinya mahu memahami?

memadaikah utk memiliki seorang anak soleh, cantik, cerdik, dengan surah Maryam, Yusuf & Luqman, sedangkan kita sendiri membacanya sewaktu hamil saja?

semoga matlamat kita utk membentuk generasi al-Quran yg unggul menjadi kenyataan, dengan kita yg memulai langkah mempelajari, memahami dan mengamalkan isi al-Quran. wallahuaklam.

by Mommy Lyna at 5:20 AM 5 comments

Pengajaran 8: Di Mana Bahagia?

Thursday, September 20, 2007

siapakah orang yg paling bahagia? orang yg paling byk hartanya? orang yg paling tinggi pangkatnya? orang yg paling banyak anaknya? orang yang paling banyak senyumnya? orang yang paling kusyuk solatnya? orang yang paling ikhlas kehidupannya? siapa?

kita biasanya mengukur kebahagiaan seperti melihat pelangi. indah dan cantik kelihatan di belah sana tp bila kita pegi ke tempat itu, tiada apa2 melainkan titis2 hujan saja. kenapa begitu?

bahagia... satu benda yg amat subjektif. benda yg sukar utk dilihat dalam diri sendiri, apa lagi disyukuri. lebih2 lagi di zaman yg mana kebahagiaan diukur dengan 'berapa besar gaji', 'berapa mahal kereta', 'berapa besar rumah', etc. er.. betul. contohnya, jika seorang gadis itu mahu berkahwin, pasti soalan yg akan ditanya "apa kerja bakalnya?" kelihatan bagus, kerana bekeja adalah kewajipan setiap orang tp di sebalik soalan itu, tujuan sebenarnya ialah "berapa pendapatan bulanan bakalnya?". jika jawapannya "penjual tin kosong" misalnya, pasti responnya .."oohhh....". cuba jika jawapannya "penjual kereta mewah" misalnya, pasti responnya "waaaah, bertuahnya badan....". sedangkan kedua2nya mempunyai asas yg sama = berkaitan dgn logam.
mindset yg memerangkap inilah menjadikan kita berasa tidak bahagia.. --> memerlukan sesuatu utk menjadikan kita bahagia.
pernahkan satu hari kita bangun dari tidur dan berasa "Ya Allah, betapa bahagianya aku hari ini dibangunkan dalam keadaan segar dan udara yg kuhirup masih segar, di kelilingi ahli keluarga dan kawan2 serta keadaan yg aman, alhamdulillah" biasanya bagaimana? berpagi2 lagi dengan masalah2 yg tidak pernah selesai "aduuuh... dah siang... rasa mcm baru je tido... kene pegi keje.. alangkah bestnya kalo boleh tido lagi..."
mampukah kita mendefinasikan kebahagiaan itu adalah sebagai mensyukuri setiap nikmat Allah kepada kita, walaupun hanya sehela nafas?

by Mommy Lyna at 5:23 AM 1 comments

Pengajaran 7: Kulihat Kamu, Kau Lihat Aku

Friday, September 14, 2007

"kenapa Allah menganugerahkan itu & ini kepada si itu & si ini, tetapi aku tidak?"
"kenapa Allah menjadikan si itu & si ini kaya tetapi tidak aku?"
"kenapa si itu & si ini selalu bertuah tp tidak aku?"
dan macam2 lagi.

bila memandang ke kiri kanan dan melihat macam2, kita mula berasa kurang. kita tidak seperti orang itu, kita tidak seperti orang ini. kita melihat, diri kita amat malang. kita tidak seperti mereka. kita tidak ada apa yg orang itu ada. dan apa yg orang ini ada, kita tidak ada. kita tidak gembira.

jika kita melihat apakah tujuan kita dijadikan di muka bumi ini...

“Dan (ingatlah!) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (bunuh-bunuhan), pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?”. Tuhan berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” - Al-Baqarah, 2:30

“Dan (ingatlah) bahawa Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepadaKu” - Az-Zariyat, 52: 56.


dilihat pada dua ayat ini, manusia dijadikan Allah sebagai 1. khalifah 2. menyembah-Nya.

berbalik pada realiti, adakah kita menyedari tentang itu? adakah kita menyedari bahawa berbanding malaikat yg sentiasa bertasbih & mensucikan Allah, kita yg dipilih oleh-Nya untuk menjadi khalifah. dan sedarkah kita akan tujuan Allah menjadikan kita adalah utk tunduk dan patuh pada-Nya?

kita cenderung ntuk melihat kelebihan2 duniawi yang Allah kurniakan kepada si itu & si ini sehingga menjadikan kita lupa dan buta akan peluang ukhrawi yang Allah sediakan kepada kita, FOC. perlukah kita membayar utk mendapat pahala dari zikir & mengingati-Nya?

dan kita lebih nampak 'duit' orang daripada 'masa' yang kita ada utk mengingati Allah. malah, masa2 terluang digunakan utk membanding2 tuah orang dengan nasib malang kita. patutkah seorang khalifah begitu? patutkah seorang 'abid begitu?

sebenarnya, anugerah Allah pada kita adalah tidak ternilai dan tidak terbanding, jika nak disamakan dengan apa yg kita lakukan utk-Nya. cukupkah solat kita yg tertuang2, terlalai2, terlupa2 itu utk membayar oksigen yg kita sedut sehari2? cukupkah zikir kita yg hanya di bibir sedang di hati mengingat benda lain utk membayar setiap tenaga yang Allah kasi utk gerakkan tubuh badan kita? apakah dengan apa yg kita ada sekarang, dengan rumah yg kecil, gaji yg kecil, kereta yg kecil, menghalang kita utk solat dengan sempurna? apakah dengan mempunyai rumah besar, gaji besar, kereta besar, barulah kita dapat beribadat dengan sempurna?

tanyalah diri kita.. apakah tujuan hidup kita. dan apakah tujuan hidup kita ini selari dengan tujuan Allah menjadikan kita?

Allah menjadikan kita supaya membina rumah besar atau menjadi hamba yang soleh?

by Mommy Lyna at 5:09 AM 5 comments

Ahlan Ya Ramadhan

Tuesday, September 11, 2007

Ramadhan al-Mubarak datang lagi.

Ramadhan, sinonim dengan sahur, puasa, terawih, bulan penuh berkah dan.. RAYA!

Kedatangan Ramadhan dinanti oleh semua. Malah anak kecil pun tak sabar menunggu tibanya bulan puasa. Mungkin kerana pintu gerbang untuk Hariraya atau apa... Tp sekurang2nya anak kecil sudah sedar kewujudan Ramadhan, itu memang satu benda yg cukup bagus.

Semasa kecil (dan sekarang pun) saya menanti2 bulan Ramadhan kerana di tanah kelahiran saya, waktu inilah ada pesta makanan. Kuih2 manis yg tidak pernah (atau jarang) didapati dalam hari2 biasa, dijual merata2 dalam bulan puasa. Sungguh berasa syurga (heaven) bila dapat berbuka dengan kuih2 manis (selain kurma). Dan bulan puasa berasa rileks sedikit. Malam2 selepas terawikh ada makan2 lagi :)

Kenangan di Bulan Ramadhan, masa kecil2 dulu ialah drama2 berbentuk Islami di televisi (aduh, terkeluar bahasa Bu Arini pula). Saya masih ingat drama Wardah, Kisah Nabi Musa, etc. yg ditayangkan sepanjang bulan itu. Waktu petang2 tidak lagi diisi dengan main2, tp dgn menonton drama2 tersebut, dan menolong mak. Lebih2 lagi bila raya semakin hampir. Wah, Ramadhan sungguh berbeza tika itu.

Setelah dewasa ni, penghayatan Ramadhan dirasakan berbeza. Tidak ada lagu 'bau' Ramadhan. Malah sering berasa, tiada beza bulan Ramadhan dengan bulan lain melainkan puasa dan terawikh. Mungkin kerana komitmen yg banyak menyebabkan 'bau' Ramadhan tidak terasa sangat. Saya sering berbincang dengan rakan2 tentang 'bau' Ramadhan. Dipersetujui ramai, bila besar ni, Ramadhan tidak lagi terasa, seperti waktu kecil2 dulu. Mungkinkah dosa yg menimbun?

Teringat komentar dengan ustaz. Tentang taubat dan penerimaan amal. Kata beliau, jika mahu 'melihat' penilaian itu, lihatlah bagaimana performance kita di bulan Ramadhan. Jika ada perubahan ke lebih baik, alhamdulillah. Insya-Allah taubat & amal diterima. Jika keadaan yg sama saja (or lebih teruk berbanding) dengan bulan2 lain, paham2 saja lah. Itu membuat saya gementar. Gementar jika keadaan saya lebih buruk dari sekarang bila tiba bulan Ramadhan.

Semoga segala amal kita dan taubat yang ikhlas diterima. Dan Ramadhan bukan sekadar sahur, puasa dan terawikh. Semoga Ramadhan membawa seribu satu perubahan dalam diri kita semua.

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN
AHLAN YA RAMADHAN

by Mommy Lyna at 4:25 AM 8 comments

Pengajaran 6: Malu Bertanya Sesat Jalan

Wednesday, September 5, 2007

Bertanya adalah salah satu method dalam pengajaran dan pembelajaran. Kerana itulah syarat belajar perlu berguru supaya kita boleh bertanya.

Bertanya, boleh jadi disalahguna. Salahguna dalam bertanya ialah bila kita terlalu banyak bertanya, bertanya kepada orang yg salah, dan bertanya tanpa merujuk kepada mereka yg pakar, atau bertanya pada diri sendiri.

Bila kita terlalu banyak bertanya, sehingga kepada perkara yg remeh2, akan menimbulkan kemudaratan. Bila kita bertanya kepada benda2 yg tidak perlu, boleh menyebabkan kepala hotak kita dipenuhi sampah. Contohnya, kita bertanya kepada kawan kita, kenapa orang itu pakai baju biru. Itukan tidak perlu. Suka hati dia lah nak pakai baju kaler apa pun, bukan? Jadi, selalu lah minta doa supaya kita dikurniakan ilmu bermanfaat agar apa saja yg kita bertanyakan boleh memberi manfaat kepada kita dan juga kepada orang yg kita tanyakan.

Bila kita bertanya kepada orang yg salah, pertamanya kita akan mendapat jawapan yang salah, dan keduanya ia akan menjadikan lebih banyak persoalan lain timbul. Dan bila soalan itu agak high standard, bole mengelirukan orang yg ditanya tu juga. Contohnya kita bertanya “org bkn Islam menyembah berhala, org Islam sembah Allah tp kenapa kena mengadap ke Kaabah semasa solat? Bukanke kaabah tu satu struktur je?” jika orang yg ditanya itu 2x5 dengan kita, beliau pun mungkin akan… “a ah la. Tak tepiki pulak aku. Maknanya, kita pun ada objek yg kita sembah la kan? Kaabah tu…” etc. etc. Bukankah lebih bagus kalo kita bawa persoalan tersebut kepada pakar seperti ustaz atau sesiapa yg dipercayai boleh memberi jawapan yg tepat, persis lagi jitu.

Yg lebih bahaya, bila kita ada persoalan tapi tidak bertanya kepada sesiapa, bila kita ajukan persoalan kepada diri sendiri.. Sedarilah dalam diri kita ni, bukan kita solely, ada nafsu dan syaitan. Mereka2 tu la yg akan menjawab soalan2 yg kita ajukan pada diri sendiri. Jadi tidak hairanlah walaupun kita tengok kawan kita seorang berpengetahuan, banyak membawa, sudah naik haji, tapi end up tertarik dgn agama lain. Nauzubillah. Dr beberapa testimony yg saya baca, most of them adalah yg suka berfikir dan even kalo bertanya pun, adalah utk meneguhkan pendirian mereka terhadap sesuatu, yg konfem2 lah utk menidakkan/ mengeksploitasi firman Allah, sabda Nabi etc. So, utk perkara2 kritikal yg memerlukan ilmu yg jelas, carila orang untuk discuss. Sekarang banyak grup2 & halaqah2 usrah yg sentiasa terbuka pintu untuk kita. Yang penting kita ikhlaskan hati untuk bertanya demi ilmu, bukan untuk menunjuk pandai atau mencabar sesiapa.

Bertanyalah. Tp biarlah ada ilmu bertanya dulu sebelum bertanya. Supaya pertanyaan kita itu memberi manfaat kepada kita dan orang yg ditanya. Yg penting, cari teman utk berdiskusi. Jangan biarkan terlalu banyak persoalan bermain di benak, lalu dimain2kan pula oleh syaitan dan iblis. Luahkan persoalan ke tempat yg betul. Semoga kita semua dikurniakan ilmu yg bermanfaat.

by Mommy Lyna at 4:50 AM 2 comments

Pengajaran 5: Erti Syukur

Monday, September 3, 2007

KITA KOMPLEN BILA...
- keje xbest, bos macam cipan, gaji sikit, colleague tikam belakang,
TP KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- kita ada kerja!

KITA KOMPLEN BILA...
- harga barang asik naik aje
TP KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- kita ada duit utk beli barang

KITA KOMPLEN BILA...
- tiap2 tahun kene bayar cukai
TP KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- kita rakyat yg berwarganegara

KITA KOMPLEN BILA...
- ada laki yg asik duk lepak aje. asik membebel aje. kita sorang yg sibuk2 kat rumah, jaga anak, keje lagi, itu ini
TP KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- laki kita ada kt rumah, bukan kat tempat lain

KITA KOMPLEN BILA...
- anak kita degil, tak dengar cakap, nakal bukan main
TP KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- kita ada anak

KITA KOMPLEN BILA...
- berat badan kita naik mencanak2
TP KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- kita cukup makan, malah terlebih!

KITA KOMPLEN BILA...
- isteri kita suka membebel bukan2, boring, bosan
TP KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- beliau sanggup kawen ngan kita

KITA KOMPLEN BILA...
- jiran kita salu wat bising hiruk pikuk satu kampung
TP KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- pendengaran kita masih OK

KITA KOMPLEN BILA...
- apa kita nak, asyik tak dapat
TP KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- apa yg kita taknak pun kita tak dapat

KITA KOMPLEN BILA...
- asik sakit2
TP KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- kita masih hidup

KITA KOMPLEN BILA...
- hidup asik bermasalah
TP KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- kita masih boleh berfikir

KITA KOMPLEN BILA...
- kat perut ada stretch mark
TP KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- kita boleh menghasilkan zuriat!

kadang2 kita terlalu banyak meminta tp kita tidak banyak memberi. kita mahu kan itu mahu kan ini tp kita jarang berdoa. kita nak apa yg kita takde, tp tak berterima kasih atas apa yg kita ada...

by Mommy Lyna at 5:37 AM 3 comments