Pengajaran 12: Saya

Tuesday, November 6, 2007

dulu, saya selalu merasakan sayalah orang yang paling tidak bernasib baik di dunia ni. saya tak cantik. masa saya budak pun, saya bukan budak yang comel. saya pendek. saya tak pandai sangat. saya orang kampung. keluarga saya tak kaya. saya tak ramai kawan sebab takde orang nak kawan ngan saya. dsb.

disebabkan kekurangan saya tersebut, saya menjadi seorang yang low self esteem, selalu kena buli malah menjadi alat kepada orang lain. ia amat tidak seronok tetapi saya tidak berdaya untuk berdiri sebab saya tak sempurna macam orang lain. pendek kata, saya tak ada jatidiri.

masa sekolah, saya tak ada boifren. tak ada orang nak ngurat saya & kalo ada pun saya rasa dia tu cuma nak menganjing-anjingkan saya saja. yela, saya tak cantik, saya rasa kalo saya accept sapa2 pun lastly dia akan cakap "aku nak test kau je. kau memang pompuan tak tau malu, igt cantik ke muka tu sampai wat aku nak ngorat kau". masa tu saya pandang couple adalah perkara yang paling yuck & tak selera saya nak buat (tp sy still sorang secret admirer hahak).

bila besar sikit, sy still macam tu. low self esteem dan sebagainya. saya banyak melepaskan peluang yang tiba sebab saya rasa saya tak layak. saya lepaskan pada kawan2 yang lebih layak. sungguh saya tidak menghargai kehidupan sendiri...

kadang2 saya mintak doa supaya Allah jadikan saya seorang yang ganas, supaya saya tak low self esteem & jadi peralatan orang lain lagi.

segalanya bermula bila saya mula mengenal Allah. masa tu lah mula saya rasa, 'oh, ada purpose rupanya aku hidup ni, ingatkan cuma nak wat orang lain seronok je'. saya mula menghargai kehidupan saya. saya mula luaskan pergaulan. bila bersama kawan2, saya mula rasa saya sangat comel sebab kawan2 saya semuanya comel2. saya mula berani mencuba itu ini. yang penting self esteem saya mula naik sikit demi sikit. saya mula berani berkawan dengan mereka2 yg kelihatan high class.

cemanapn ada juga beberapa perkara yg saya masih low. saya tak pandai marketing dan juga saya pernah terfikir saya takkan menikah sebab saya tak lawa, takde orang yg nakkan saya kecuali orang tu tak berapa betul tp saya pula yg tak mau kat orang yg tak betul. (tapi bila suami saya hadir selaku seorang savior dan menjadikan saya isterinya, suami saya adalah orang paling hensem dan paling waras di dunia :D).

kini alhamdulillah. dari kelemahan semua tu, menjadikan saya bangkit satu persatu. sekarnag saya cantik. tak kiralah kalo orang lain nampak saya buruk, tapi saya cantik. saya pandai juga, kalo tidak saya takkan dapat ijazah engineering. saya orang kampung tp skg saya tinggal di bandaraya :D. saya kaya, kalo tak mesti saya tak boleh nak menaip kat sini sebab tak mampu huhuhu. dan yang penting, saya amat bahagia.

kalo saya bandignkan saya dahulu dengan hari ni, amat jauh beza. orang lain mungkkin tak nampak. alhamdulillah Allah memberi kekurangan tersebut pada saya, sekarang saya lebih menghargai apa yg saya ada. terima kasih Allah atas semua kurniaan. terutama atas kehidupan yg baru saya tempuh, sebagai isteri dan ibu. saya sungguh tidak menyangka saya mampu menjadi isteri dan seorang ibu :)

by Mommy Lyna at 10:14 PM 7 comments

Pengajaran 11: Mencari Erti Hidup

Monday, November 5, 2007

saya suka membaca tentang kisah2 kehidupan masyarakat. dari situ saya dapat belajar walaupun tidak dpt memahami akan kehidupan orang lain.. terutama mereka2 yg kurang bernasib baik dari saya. membaca tentang mereka mengajar saya bersyukur dgn kehidupan yg saya ada walaupun tidak sesempurna yang diimpikan.

saya paling suka baca kisah mereka yg insaf.. bagaimana mereka insaf. kadangkala ceritanya simple, tapi agak memberi kesan kepada saya. contohnya pengakuan seorang mamat dreadlock, pemuzik yg berambut macam bob marley dan dikaler2kan. kisah beliau simple saja, kerana ditegur oleh seseorang, orang tu cuma tanya "macamanakaumandiwajib?" lebih kurang camtula. disebabkan orang yg menegur tu lebih lama berkecimpung dlm muzik, dia jadi segan dan terus cahaya keinsafan menyelinap.

memang betul hidayah milik Allah tapi sudah disuruh manusia2 ni menjalankan kerja dakwah dan pengislahan, jadi tugas utk membaikkan orang tu adalah atas kepala kita, walaupun resutnya semua Allah tentukan. yg menarik perhatian saya ialah watak mamat yg terlibat dlm hal2 penginsafan dia. dia segan sal mamat tu org lama dlm bidang muzik. agaknya kalo mamat tu orang baru, mesti dia cakap "kau peduli ape?".

saya suka dgn watak mamat tu. kalo boleh saya nak jadi macam mamat tu. saya tak tau orangnya macamana tp saya assume beliau bukan sorang yg ntahapa2. tahu hukum hakam segala. yela, hari pemuzik, artis ni pakat duk dye rambut apa semua tp mamat ni berpikir mcm tu pulak. walopon mungkin (mungkin saja) mamat tu bukan proposely memasuki muzik utk mendakwahi mereka2 dalam dunia tu tp secara tak langsung beliau dah menjalankan tanggungjawab dakwah. eh, saspek la! lelaki tu pula, lepas insaf tu beliau trus tinggalkan keje2 tahpape yg selalu buat seblom tu.

membaca kisah2 mereka tu sebenarnya mengajar saya (sekali lagi) mensyukuri nikmat iman walaupun nipissss je. mereka di luar sana tu... mencari enjoy, nampak happy dgn hidup tahpape tp sebenarnya dalam hati amat kosong... mereka tahu mereka tidak mempunyai sesuatu tp mereka tak tahu apakah itu. lalu mereka mencarinya di kelab2 malam, disko2, pub2, litar2, belakang2 bangunan, dalam tong sampah, bawah jambatan, etc. sayangya, mereka takkan jumpa.

saya doakan saudara2 saya di luar sana tu bertemu dgn apa yg hiang dari mereka.

by Mommy Lyna at 9:18 PM 0 comments