Pengajaran 19: Muslim Yg Proaktif

Thursday, January 24, 2008

kes I: mubaligh Kristian masuk ke kampung2,
kes II: orang yg 'pernah' Islam mau tuka status agama dalam MyKad nya.
kes III: orang yg 'pernah' Islam dgn gembiranya mengaku dia sudah tak Islam lagi.
kes IV: barang2 Israel diguna meluas seluruh dunia.
kes V: orang bukan Islam tuntut itu ini dari orang Islam.
kes VI dan seterusnya....

bosanlah. tak habis2 dengan berita macam tu. bukan bosan dengan tindakan mereka, tp sesungguhnya saya bosan dengan reaksi kita. timbul kes I, bising kejap. gelabah. marah2. etc. lepas tu senyap. timbul pula kes II. bising kejap. gelabah. marah2. lepas tu senyap. dan seterusnya.

Maha Suci Allah. terbukti sudah sabda Rasulullah SAW yg mengatakan "umat Islam akhir zaman seperti buih di lautan". memang, ramai tp sangat rapuh. sekali buih menggulung2..tp bila berlaga sesama sendiri pun sudah pecah. apa lagi bila bertembung dgn kapal.

saya selalu dapat email tentang perkara2 berkaitan kes di atas. dan dibawahnya biasanya ada pesanan 'sebarlah kepada saudara semuslim anda'. sayangnya saya terus tekan butang 'delete'. tidak peduli? tidak prihatin? tidak sensitif? apa sajalah. logik akal pun nampak tidak logik. orang sana sudah bergerak ke sana ke mari menyebar dakyah, kita masih duk berutus2 email. benarlah, orang kata, x apa, asalkan niat ikhlas, hantar email ni kira usaha dakwah juga.

begini, katakan anda sakit lalu ke doktor. lalu doktor berikan satu senarai ubat2. lalu kamu baca. kamu balik rumah, dan suruh adik kamu baca. lepas tu mak kamu baca dan seterusnya satu rumah kamu baca senarai ubat tu. sembuh ke penyakit kamu macam tu? yg patut kamu buat, ialah bawa senarai tu ke farmasi & suruh tokei farmasi tu berikan ubat2 dalam list tu utk kamu. dan kamu kena makanla, bukan buat koleksi. ape kes.

tak rasa sama ke macam kes kat atas tu?

kitalah Muslim yg sudah hilang jati diri. dari hari ke hari menyaksikan orang sana buat itu buat ini, tapi kita cuma bole sebarkan email, sebarkan perasaan 'takut', sebarkan kemarahan... yg bersifat sementara.

kenapa kita tak buat macam mereka? mungkin sebab kita pun tak yakin dengan 'Islam' kita sendiri.

sudah2 la tu nak rasa takut, marah, gelisah, gelabah. dah sampai masanya ntuk kita bangun. bukan kena pergi berperang dengan mereka. perang diri kita sendiri dulu. perang dulu perasaan tah apa2 tu. buat sesuatu.

paling koman, banyakkan belajar tentang Islam. supaya kita bole berkongsi pengetahuan dengan orang lain. dan menjadi contoh pada orang lain. dan buat orang lain suka dengan Islam dan dah tak minat nak tukar agama lagi.

by Mommy Lyna at 7:35 AM 2 comments

Pengajaran 18: Masa Itu Ada

Friday, January 18, 2008

kita sering mengeluh, tiada masa, tak sempat, dah lambat, etc. contohnya untuk hal2 mutabaah, terutama pabila sudah ada komitmen lain, seperti bekerja dan berkeluarga misalnya. kita sering mendengar... keluhan2 bahawa, semasa belajar memang semuanya sempat dibuat. bila sudah bekerja, tidak sempat lagi. apatah lagi bila sudah beranak pinak, solat pun di hujung2 waktu, untuk kusyuk apatah lagi.

benarlah Allah menyediakan pahala 7kali ganda untuk mereka yang bernikah dan bekeluarga. tapi apakah 7 kali ganda itu cukup untuk 'cover' amalan2 yang diambil ringan atas alasan 'tiada masa' ini?

iman itu asalannya di dasar, yakni berupa akar. dan akar ini bukan sekadar perlu 'ada', malah ia perlu disiram dan dijaga. sebagaimana kita berusaha menyiram dan menyuburkan kemesraan dalam keluarga, siraman terhadap iman itu lebih dalam lagi.

Allah berfirman dalam suratul-Anfaal ayat 28"Dan ketahuilah bahawa harta benda dan anak kamu itu, hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar." terdapat banyak penafsiran tentang ayat2 sebegini, namun bagi saya, simple saja.

kita tengok ada orang yg mendapat anak, suka dan gembira, berbangga2, malah hingga lupa bahawa anak itu adalah kurniaan Allah padanya. baginya, anak adalah lambang 'kekuatan' dan 'kehebatan'. dan bagi mereka yang tidak mendapat anak, hidup dirundung duka, malah diri difitnah, dituding sebagai mandul, tidak subur, dan sebagainya. mudah, anak itu ujian bagi yang mendapatnya, utk menguji sejauh mana keimanan, bersyukur atau takbur dan bangga dengan anaknya. dan ujian bagi yang tiada anak, apakah menyalahkan ALlah kerana tidak dikurniakan cahayamata atau menggunakan status 'tiada anak' itu sebagai tiket utk lebih merapatkan diri kepada-Nya. dsb.

berbalik kepada topik. bila menyiram pokok, pertamanya kita perlu tau cara menyiram, dan mana hendak disiram. begitu juga dengan iman. bagaimana cara menyiram dan apa yg mau disiram? berimankah kita hanya dengan mengatakan "saya beriman". tolak ujian2 keimanan yg dijanjikan Allah, apekah langkah2 yg kita buat utk menyuburkan iman?

bila sudah bekeluarga, kita sudah tidak banyak masa utk mutabaah, meski yang ringan. mau mengaji, diganggu anak. mau matsurat, diganggu anak. mau solat, diganggu anak. mau baca buku, diganggu anak. dsb. hingga tanggungjawab terhadap anak telah malampaui tanggungjawab terhadap roh kita sendiri.

sesungguhnya Allah telah meletakkan keindahan itu di sebalik 'gangguan2' tersebut. namun, kita yang perlu mengorek keindahan itu. jika tidak, yg ada hanyalah 'sudah tiada masa lagi kerana sibuk dgn famili'.

beberapa tips yang ingin dikongsi:-

1. bangun seawal pagi untuk solat sunat & mengaji al-Quran di waktu anak2 masih tidur. satu muka pun sudah cukup, yang penting istiqamah.

2. libatkan anak2 kecil dalam aktiviti2 mutabaah seperti membaca al-matsurat, zikir, etc. sambil melayan mereka, bacalah matsurat. di samping itu boleh mendidik mereka mengenal zikrullah.

3. berkata2 baik dgn anak2 kecik bila kita mau melakukan ibadah atau kerja2 lain. mungkin sekali dua tidak berjaya, cubalah berkali2, walaupun dia tidak memahami tp ini akan melatih parenting skill dalam diri kita.

4. bina jadual harian. rancangkan aktiviti dari awal. dari situ kita akan jumpa masa2 yang kita tidak sedar bahawa 'masa masih ada'.

5. cari satu slot utk diri sendiri, utk rileks dan muhasabah diri. mungkin waktu tgh malam sewaktu anak2 sudah masuk tidur.

6. banyakkan bercerita pd anak2, walaupun masih bayi. ceritakan apa saja, walaupun rumusan buku yg kita baca tadi. di samping kita bole share ilmu, ia juga bole meningkatkan vocabulary anak2.

7. membaca bersama anak2. baca buku atau al-Quran bersama mereka. biarkan mereka mengganggu, dengan melibatkan mereka, sekaligus memperkenalkan mereka kepada buku dan Quran, jadi tidak susah bila tiba masa utk mengenalkan mereka kepada bahan2 bacaan tersebut.

8. doa, dan berkata yang baik. instead of "aduh, skg sudah tiada masa lagi utk buat itu buat ini" katakan "Ya Allah, bukakanlah pintu hatiku utk buat itu buat ini".

kita bukan superwoman. tapi kita dikurniakan Allah dengan kemahiran multi-tasking. sambil menyapu bole berfikir, berzikir & berborak dgn anak.

insya-Allah bersama2 kita perbaiki diri.

by Mommy Lyna at 6:34 PM 0 comments

Pengajaran 17: Kasih Sayang

Wednesday, January 16, 2008

Setiap kali melihat wajah anak saya, satu perasaan yang sukar dimengerti menyelinap. Setiap kali dia tiada di depan mata, meskipun cuma dek kerana saya sibuk di dapur, rasa rindu membuak2. Setiap kali dia ketawa bersama orang lain, perasaan cemburu mencucuk naluri.

Sayangnya ibu bapa pada anak, tidak tertolok banding. Menangis, dipeluk. Berak kencing, dicebok. Sakit demam, dirawat. Seekor nyamuk pun tak dibenarkan hinggap. Siang atau malam, meskipun sendiri tidak cukup tidur tidak mengapa, asalkan anak sihat.

Sesungguhnya kasih seorang ibu, amat2 subjektif. Seorang ibu sanggup bersusah payah demi anak-anak, dari tapak kaki sekecil dua ibu jari hinggalah anak dewasa, doa ibu tidak putus2 utk kesejahteraan anak. Meskipun anak itu pernah melukakan hatinya, kemaafan itu sudah tersedia.

Saya terkenang ibu saya sendiri. Jika ada apa2, kami didahulukan, anak2nya. Beliau tidak pernah mengeluh, meskipun anak2 yg sudah besar, bila balik ke kampung, semuanya berubah menjadi budak kecil kembali (malas :P). Beliau memasak makanan kami, membasuh pakaian kami, mengemas rumah yang kami sepahkan, meskipun kami semua sudah besar2. Walaupun penat bekerja seharian, tanggungjawab di rumah tidak pernah diabaikan.

Ada satu insiden di suatu bulan puasa, yang masih segar di ingatan. Ketika itu beliau terlambat bangun utk menyediakan juadah sahur. (kami yg lain seperti biasa bangun makan saja). Disebabkan kekalutan itu, nasi yang dimasak ibu hangit sedikit. Keraknya tebal. Lalu beliau menyenduk nasi ke pinggan kami semua. Dan akhirnya, apa yg tinggal utk ibu cu,alah kerak2 nasi. Namun beliau tidak mencatu nasi yang bagus, semuanya diberi kepada kami. Ibu cuma memakan keraknya. Sungguh, hampir saya menitis airmata bila mengingati itu, tapi apakan daya masih terlalu muda ketika itu, cuma fikir mau nikmati nasi di pinggan sendiri.

Rasulullah bersabda :"Kasih Allah kepada hamba-Nya adalah melebihi kasih ibu kepada anaknya”. Subhanallah! Jika kasih ibu sedalam itu terhadap anak, tidak dapat saya bayangkan bagaimana rupanya kasih Allah itu, jika ia melebihi kasih ibu. Kiranya kasih ibu itu sudah tidak berapa logik. Ya lah, meski tidak tidur malam, mencebok najis, etc. tapi tidak pula seorang ibu bosan & marah kepada anak, malah gembira melakukannya! Lalu, bagaimana pula rupa kasih Allah yg lebih dari itu!

Subhanallah, rupanya hidup ini dipenuhi dengan kasih sayang!

by Mommy Lyna at 4:18 PM 3 comments

Pengajran 16: Quran Buruk

Tuesday, January 15, 2008

Seperti Quran buruk, maknanya seseorang atau sesuatu yang sudah tidak boleh diharapkan atau digunakan tetapi masih dihormati kerana sebab-sebab tertentu.

Saya tidak membincangkan tentang makna peribahasa tersebut, kerana saya bukan pakar bahasa, tapi makna di sebalik perkataan2 peribahasa itu sendiri.

Kenapa diibaratkan orang/benda itu seperti Quran buruk?

Semalam saya tiba2 memperhatikan naskhah al-Quran di atas meja solek di bilik tidur. Lalu saya terbayang waktu2 kecil, semasa belajar mengaji ramai2 dahulu. Kami berlumba2 ke rumah tok guru kerana mahu memilih al-Quran yg paling baru. Naskhah Quran yg lama, memang tidak menarik langsung. Kalaupun dapat yg lama, kami akan menunggu kawan2 lain habis mengaji, mahu tukar dengan yg baru. Akhirnya Quran buruk itu diletak kembali ke tempatnya dan kami mengaji dengan yang baru.

Memang sungguh tersisih sekali!

Begitulah sifat kita, manusia. Sentiasa mahukan yang baik2, bagus2, baru2.. yang buruk2, lama2, kita pinggirkan. Sedangkan itulah benda yg telah byk berjasa pada kita. Dan sebagai kitabullah, baru atau buruk, seharusnya kita jaga dan gunakan, kerana isinya tak berubah dari naskhah ke naskhah (tapi Quran yg usianya belasan ribu tahun menjadi sgt bernilai kerana alasan sejarah :P).

Janganlah jadikan orang tua kita sebagai al-Quran buruk.

by Mommy Lyna at 10:56 PM 1 comments