Pengajaran 32: Sifat-Sifat Pejuang

Saturday, January 24, 2009

lamanya saya tidak update blog. sibuk mungkin, atau mungkin ketiadaan input.

seminggu sudah, kita masih lagi hangat memperkatakan soal Palestin. sekarang saya kira sudah agak reda sedikit rentetan pengunduran tentera Zionis.

sebenarnya saya tidak ikuti sangat perkembangan terbaru di Gaza... kerana sang Zionis bukannya kali ini saja menghenyak kaum Muslimin di Palestin. hairan juga saya kerana musim-musim begini saja riuh di sana sini tentang boikot barangan Israel dan US. malah ada yang berpendapat 'untuk sementara saja'. sedangkan Zionis berundur itu bukan untuk sementara. malah lebih 2/3 dari tanah Palestin sudah menjadi milik negara haram Israel.

saya tidaklah mahu mengomen apa-apa tentang usaha-usaha pemboikotan atau apa-apa yang telah dilakukan demi saudara se-Islam di Palestin. namun mungkin sebagai renungan, apabila kita melaksanakan sesuatu atas nama Islam, kita sebenarnya berjuang. ini kerana kita melawan sesuatu anasir, bukan melakukannya dengan sendiri.

di Palestin, jika tidak kerana pembantaian dari puak Zionis, adakah kita mahu memboikot, menderma mahupun berdoa untuk mereka? malah dalam mendirikan solat pun kita berjuang menentang perkara-perkara yang menghalang kita dari menumpukan perhatian kepada solat.

walau sekecil mana peranan kita dalam apa saja perjuangan, biarlah yang sedikit itu disertai dengan sifat-sifat pejuang. tak perlu kita menclaim diri untuk menjadi syahid baru kena ada sifat seorang pejuang.

  1. Aqidah yang bersih dan sejahtera (saliimul ‘aqiidah)
  2. Akhlak yang mantooppp (Matiinul khuluqi)
  3. Ibadah yang sahih dan benar (Shohiihul I’baadah)
  4. Tubuh yang sihat dan kuat (Qowiyyul jismi)
  5. Pemikiran yang intelek (Mutsaqqoful fikri)
  6. Jiwa yang bersungguh-sungguh (Mujaahadatun nafsi)
  7. Mampu berusaha mencari nafkah (Qaadiirun ‘alal kasbi)
  8. Efisyen dalam memanfaatkan waktu (Hariisun ‘alal waqti)
  9. Memberi manfaat bagi orang lain (Naafi’un lighoirihi)
  10. Selalu menghindari perkara yang syubhah dan tidak pasti (Ba’iidun ‘anisy syubuhat)
  11. Sentiasa menjaga dan memelihara lidah (Hifdzul lisaan)
  12. Istiqomah dalam kebenaran (istiqoomatun filhaqqi)
  13. Sentiasa menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan (Gaddhul bashor wahifdul hurumat)
  14. Lemah lembut dan suka memaafkan (Latiifun wahubbul ‘afwi)
  15. Benar, jujur dan tegas (Al Haq, Al-amanah-wasyja’ ah)
  16. Yakin dalam tindakan (Mutayaqqinun fil’amal)
  17. Merendah diri (Tawadhu’)
  18. Berfikiran positif dan membina (Al-fikru wal-bina’)
  19. Sentiasa bersiap sedia untuk menolong (Mutanaashirun lighoirihi)
  20. Bersikap keras terhadap orang-orang kafir (Asysyidda’u ‘alal kuffar)

walaupun kita cuma berjuang untuk membantu Palestin dari bawah cengkaman Israel dengan sekecil-kecil usaha, atau pun untuk mendapatkan hasil terbaik dalam  pelajaran/pekerjaan, sebagai seorang Muslim haruslah melengkapkan diri dengan sifat-sifat tersebut, semoga setiap usaha yang kita lakukan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

biarlah boikot, doa, derma atau apa saja yang kita hulurkan adalah demi Islam dan Lillahi Taala, bukan semata-mata kerana kemanusiaan. kerana sesiapa pun boleh melalukannya demi kemanusiaan, tidak perlu menjadi seorang Islam pun.

kerana kita Islam, kita ada kelebihan, yakni ma'iatullah (kebersamaan dengan Allah).

semoga Allah memberi petunjuk kepada semua pejuang agama-Nya, tidak kira di Palestin, Malaysia atau di mana jua kita dan mereka berada. AMIIN.

by Mommy Lyna at 2:28 PM 2 comments