Pengajaran 13: Bila Tuhan Tak Ditakuti...

Saturday, December 1, 2007

sekarang ni saya amat boring utk membelek akhbar. balik2 cerita rompakan, balik2 cerita ragut, balik2 cerita mat rempit, balik2 cerita pembunuhan, balik2 cerita culik & rogol..etc. benda2 macam tu dah tak jadi headline dah, mungkin sebab dah terlalu banyak. sampai tahap jd berita kaki.

bukan tu yg saya nak cerita. tp pada rintihan mangsa2 perbuatan jenayah. bukan rintihan pada penjenayah, tp rintihan yg berbunyi seperti di bawah:-

"orang ramai yg ada di situ cuma tengok saja semasa sy bergelut dengan peragut"
"saya cuba tahan kereta2 yg lalu tp tak satu pun berhenti ketika perompak cuba mengambil kereta saya"
"orang2 di situ nampak adik saya ditarik ke dalam sebuah kereta tp xde sorang pun yg menolong"
dan lain2.

jika saya, jikalau saya lah berada di kedudukan orang ramai yang melihat kejadian tersebut, saya pun mungkin tidak akan membantu. malah saya mungkin tidak akan menolong orang yg tidak dikenali kecuali mereka yg meminta tolong dr segi derma atau sedekah. tidak prihatin?

saya mungkin tidak kisah jika saya mati dek kerana ditikam peragut semasa cuba menolong orang yg diragut. tapi, kemungkinan, dek kerana saya tidak kenal orang yg meragut dan orang yg diragut, boleh jadi itu adalah satu konspirasi. rupa2nya mereka ingin menjadikan penolong mangsa itu sebagai mangsa pula. saya ada terdengar satu kes yg masa seorang lelaki cuba membantu sorang wanita yg diragut, akhirnya beliau yg menjadi mangsa ragut wanita tersebut.

kadangkala saya menjadi bimbang andainya saya menjadi mangsa jenayah di depan2 orang awam. bimbangnya saya akan menjadi geram terhadap masyarakat yg tidak prihatin dengan keadaan masa tu yg berhadapan dengan penjenayah. soalnya, siapa yg sanggup menghulur leher sendiri ke mata parang?

kesimpulannya, masyarakat hari ni sangatla tidak stabil. paling koman pun, sumbang mahram. paling koman lagi, gejala seks juvana. budak2 belum sunat dah tau pasal seks. bu*u pun belum tumbuh dah tau cakap pasal cintan2. budak sekolah rendah dah tahu ugut2 bunuh. lega, tu semua tak berlaku dalam keluarga kita. tp ia amat rapat dengan kita. masyarakat, tidak bole tidak, kita kena berurusan dengannya. anak kita ke sekolah, lainla kalo ada guru peribadi. kita bekerja di pejabat dengan manusia, lainlah kalo kita bekerja di internet yg tidak tahu siapa yg kite berurusan dengan. kita simpan duit di bank, lainla kalo kita simpan dalam tabung atau bawah tilam (mcm encik krab). mau tak mau kena juga berurusan dgn masyarakat yg satu itu.

mengislahkan masyarakat yg separa rosak ini (yg separa lg adala kita2 yg masi 'waras'), mungkinkah? possiblekah utk menjadikan tempat kita ni benar2 selamat didiami? sehingga kita tega melepaskan seorang anak kecil di jalanan sendirian dan dia bole pulang dgn selamat?

ya, kata saya. selagi kita kembali menghayati sejarah permulaan agama Islam di era ini. Islam muncul di celah2 masyarakat jahiliyah Mekah lalu bercambah menjadi satu negara berkhalifah. bukan kesudahannya yg ingin saya ceritakan, tapi permulaannya. mulanya di mana? di sini (dada). mulanya dengan akidah, akhirnya timbullah siasah.

bila akidah kita menuju yg hak, mahukah lagi kita melakukan dosa atau jenayah? mahukah lagi kita berdiam diri melihat ancaman2 yg datang dari bangsa kita sendiri? Ya Allah, ingin sekali saya melihat rumah2-Mu dipenuhi mereka2 yg benar2 solat kerana-Mu, bkn kerana segan dek kerana agamanys Islam!

by Mommy Lyna at 6:00 AM

3 comments:

salam siti lina..
sy penah jugak terpikir mcm awak.
sbb kalau kita sendiri tgk kejadian demikian kita pun xkan berenti.cuma terpikir kalau jd kat kita camner?semua org ada rasa prasangka pd org lain kerana masyarakat sekarang x macam dulu

HAPPYIRFA said...
December 1, 2007 at 8:54 PM  

Allahummahdina fiman hadait...
Allahummahdiqaumi fainnahum la ya'lamun...

Anonymous said...
December 2, 2007 at 5:55 PM  

hi ct,,..oo disini ade cerita2 lagi ye...

sorry aka tak sempat nak email..apa2 nak tanya leh YM akak..
YM: wannfariza

ok

Rizza said...
December 3, 2007 at 11:33 PM  

Post a Comment