Pengajaran 29: Bersederhana
Wednesday, October 22, 2008
apakah itu qanaah?
qanaah bermaksud rasa cukup dan puas hati dengan apa jua rezeki pemberian Allah, yang merupakan satu sifat Rasulullah.
apakah kecukupan itu dengan tidak berusaha untuk memajukan diri, dengan alasan 'mengejar harta dunia?'.
sifat qanaah, bukanlah bermakna mengekang atau menyekat segala cita-cita, kerana tidak mahu mengejar dunia. tetapi, ia adalah perkara-perkara 'mengejar dunia' yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT. orang yang qanaah tidak berserah nasib begitu sahaja kepada Allah SWT dengan tiada apa-apa usaha. qanaahnya seseorang itu tidak boleh diukur dengan saiz rumah atau kereta yang dimilikinya, kerana sifat sederhana itu bukan bermakna harus makan nasi dengan garam dan naik basikal sedangkan pendapatannya mencecah 5 juta sebulan.
sifat qanaah tidak hanya patut ada pada orang yang tidak punya (miskin), tetapi meliputi semua orang selagi dia adalah hamba Tuhan. kita sering mengibaratkan seorang yang hidupnya agak susah sebagai 'qanaah dan zuhud' sedangkan seorang yang berada sebagai 'tamak haloba pengumpul harta dunia' dan sebagainya. sedangkan, sifat-sifat mahmudah itu bukan datang dari mana-mana kategori kehidupan, akan tetapi dari 'hati-hati' yang menjalani kehidupan tersebut.
contohnya, seorang yang tidak berwang, tetapi saban hari mengeluh tentang keadaan dirinya.. merenung nasib, dan sebagainya. adakah itu sifat qanaah? seorang yang lain bergaji 50juta sebulan, berumah banglo seperti istana dan berkereta 15 biji, selain dari untuk simpanan dan pelaburan keluarga, dia mendermakan sebahagian wang gajinya untuk kegunaan umat Islam yang lain. adakah itu tidak qanaah?
seorang yang qanaah, boleh jadi seorang ahli perniagaan yang berjaya, di kala orang lain sibuk mencari strategi berniaga untuk membuncitkan perut masing-masing, beliau memandangnya sebagai satu ibadah, sehingga sifat taqwa yang menguasai dirinya menghalangnya daripada menipu, merasuah, menyogok, mengipas dan sebagainya. dan keuntungan yang diperolehi tidak semata-mata ditompokkan di akaun sendiri untuk di bawa ke kubur kelak, tetapi diagih-agihkan kepada yang memerlukan, semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.
seringkali kita menganggap bahawa, Islam melarang mencari duniawi, fokus pada ukhrawi. ya benar, memang kita tidak mengejar dunia. tapi harus diingat bahawa dunia ini adalah ladang akhirat. adat berladang, mula-mula kita kena semai benih, jaga dengan baik, sehingga dia membesar dan membuahkan hasil. dan benih itu tidak akan tersemai sendiri kalau kita hari-hari cuma berdoa saja tapi tidak pula bergerak untuk menyemai, menanam, menyiram dan sebagainya.
mengikut sejarah Nabi Adam AS, Qabil dan Habil pernah memberi 'korban' kepada Allah SAW dalam bentuk binatang ternak dan tanaman. maknanya sikap berusaha sudah ada sejak azali dari zaman Nabi Adam lagi. haruslah sekarang kita berusaha, bukan semata-mata berserah saja kepada Allah.
di dunia ini apa yang penting? aci potong ayam, ia adalah wang. kalau tiada wang, bagaimana mahu makan? sedangkan TV3 tolong kutip derma Bersamamu untuk cari dana bagi membantu orang-orang miskin. dan ramai rumah anak yatim yang menunggu insan-insan berhati mulia membantu mereka dari segi kewangan. jika umat Islam semuanya miskin dan tidak berwang, siapa yang mahu menolong mereka? Lion Club lagi? Rotary Club lagi? bila mereka-mereka ini tampil, kita rasa kesal, tapi hakikatnya kita sendiri tidak mampu membantu kerana 'tiada harta dunia'.
Rasulullah bersabda antaranya ialah umat Islam akhir zaman mencintai dunia dan takut mati. akan tetapi Baginda tidak menyebut tentang mencari harta. dan mencintai akhirat, tidaklah dengan mengharapkan rahmat Allah dan bantuan-Nya semata-mata tanpa berusaha meningkatkan ekonomi sendiri dan keluarga.
Rasulullah dan para sahabat sendiri menjalankan perniagaan, dan tidak pernah dinyatakan setelah Islam, mereka semua menumpukan pada dakwah dan menutup semua perusahaan. yang diberitakan, satu demi satu harta kekayaan mereka digunakan untuk kepentingan Islam. saban perang, bukan sedikit dana diperlukan, tetapi tetap saja ada dana dari para sahabat samada dari segi kewangan, haiwan perang, senjata, makanan, dan sebagainya.
jika kita tidak punya apa, apa yang boleh kita sumbangkan? sedangkan di kala dunia menghadapi krisis harga minyak, kita sudah terkulat-kulat. mengapa? kerana kita tiada pengaruh dalam ekonomi dunia. kenapa Islam tidak sampai ke situ? kalau kita perhatikan pun, organisasi-organisasi 'Islam' yang besar-besar, sejauh mana 'qanaah' mereka (kita)? sedangkan dana anak yatim pun ada masuk ke poket sesetengah orang kan (*maklumat underground).
jadi sebagai generasi muda, haruslah kita ubah persepsi terhadap duniawi-ukhrawi. perkataan 'sekular' ini telah membunuh jatidiri kita sebagai orang Islam. sehingga kita pun sebenarnya sekular kerana menumpu semata-mata ke akhirat saja tapi tidak pada masalah dunia. seharusnya kita menyedari bahawa no such 'ilmu dunia', 'ilmu akhirat', 'harta dunia', 'harta akhirat' ... semuanya menjadi OK jika dilaksanakan lillahitaala.
Islam pernah gemilang, dan ia pasti akan gemilang kembali.
walaupun gaji kita tidak seberapa berbanding mereka-mereka yang baru belajar untuk hidup, sedarlah bahawa di situlah sifat qanaah harus dipupuk. bersederhanalah dalam mengejar material. jika mahu gaji lebih, bekerjalah bersungguh-sungguh dan komited dengan kepimpinan kendiri. tidak perlu mengipas dan membodek sesiapa, biarlah gaji kecil asalkan halal dan insya-Allah ada keberkatannya.
jika tidak mampu berbeg Louis Vuitton, pakai beg LV sepuluh ringgit pun OK... tapi kalau mampu berbeg sepuluh ringgit, jangan pula pakai beg plastik free kedai runcit but isi wallet, transparent, senang kena target.

by
Mommy Lyna
at
9:19 AM
1 comments:
Anonymous
said...
November 21, 2008 at 6:43 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
betul..beg LV 1o inggit rase lagi bess dr yg beribu tu..nk pakai pon takut.Simpan duit lagi bagus untuk kegunaan masa depan; especially untuk anak-anak.
Kene pandai differentiate between 'needs' and 'wants'