List Sponsor Family Day

Wednesday, September 22, 2010

 

golden horse

apootaern logo

high res snuggbabylabel copy

 pack me love logo

AZgiftbasket

logo as of 25 april 

kakikerafbanner

kedaigambarkami

unam

izzyblogheader3

mamakuQisA 

big eyes

Butik Afrina

by Mommy Lyna at 9:47 AM 24 comments

Jadual Pemakanan Vitamin Shaklee

Saturday, June 26, 2010

Untuk kesan yang menggalakkan, dinasihatkan agar anda mendapatkan khidmat nasihat dari kami. Ini kerana terdapat beberapa rule of thumb dalam pengambilan vitamin yang tidak semua orang tahu tentangnya. Contohnya:

  • Perlu tambah kuantiti pengambilan air (liquid).
  • Ada waktu-waktu tertentu untuk tindakbalas vitamin yang optimum.

Berikut adalah antara contoh jadual pemakanan vitamin Shaklee yang disediakan oleh Puan Cery.

MINGGU PERTAMA :

Bancuh protin, makan vitalea,bcomplex,vitamin C,alfalfa –> ambil setiap hari. Preferably sebelum tidur (selepas makan malam).

MINGGU KEDUA DAN SETERUSNYA:

Isnin Mix 1bsp protein with your faveret drink (milo/juice/milk/etc/DO NOT MIX WITH HOT WATER)..suam2 takpe.

Vitalea

B Complex

Vita C

Alfalfa (2 biji)
Selasa Mix 1bsp protein with your faveret drink (milo/juice/milk/etc/DO NOT MIX WITH HOT WATER)..suam2 takpe.

B Complex

Vita C

Alfalfa (2 biji)

Ostematrix (4 biji)
Rabu Mix 1bsp protein with your faveret drink (milo/juice/milk/etc/DO NOT MIX WITH HOT WATER)..suam2 takpe.

Vita Lea

Vita C

Alfalfa (2 biji)

Omega Guard
Khamis Mix 1bsp protein with your faveret drink (milo/juice/milk/etc/DO NOT MIX WITH HOT WATER)..suam2 takpe.

B Complex

Vita C

Alfalfa (2 biji)

Omega Guard
Jumaat Mix 1bsp protein with your faveret drink (milo/juice/milk/etc/DO NOT MIX WITH HOT WATER)..suam2 takpe.

Vitalea

Alfalfa (2 biji)

Ostematrix (4 biji)
Sabtu Mix 1bsp protein with your faveret drink (milo/juice/milk/etc/DO NOT MIX WITH HOT WATER)..suam2 takpe.

B Complex

Vita C

Alfalfa (2 biji)

Omega Guard
Ahad Mix 1bsp protein with your faveret drink (milo/juice/milk/etc/DO NOT MIX WITH HOT WATER)..suam2 takpe.

Vita Lea

B Complex

Vita C

Alfalfa (2 biji)

Ostematrix (4 biji)

*Protein boleh juga diminum begitu saja tanpa campur minuman lain.
** Jika anak demam, ambil vita-C 2 biji.

Jadual pemakanan vitamin di atas adalah cadangan dan ia adalah fleksibel, yang penting jangan skip, setiap hari kena makan. Untuk kes-kes khas (tiada kesan, rasa penat2..) sila hubungi saya di mommy[at]fahry.net.

by Mommy Lyna at 12:46 AM 0 comments

Israel

Wednesday, June 2, 2010

Adakah kita patut bengang bila Israel menawan sekumpulan sukarelawan Freedom Flotilla, yang berlaku akhir2 ini? Patutkah kita ramai2 mengutuk perbuatan Israel dan melaung2kan kemanusiaan?

Kita sepatutnya dah sedar dan tahu dari dulu siapa mereka ni. Siapa mereka? Kenapa mereka buat begitu? Kenapa kuasa besar hanya berdiam diri bila keadaan demikian berlaku?

Bani Israel adalah satu golongan yang paling famous dan disebut2 di dalam al-Quran, malah ada satu surah khusus bani Israel iaitu surah al-Isra'. Asal perkataan Israel tu daripada perkataan Isra' yang bermaksud berjalan di malam hari. Ini kerana datuk nenek moyang mereka adalah mereka yang berjalan di waktu malam.

Dalam al-Quran mereka digambarkan sebagai kaum yang degil, keras kepala, besar diri, suka menghina orang dan paling dahsyat ialah memperolokkan nabi2 mereka sendiri, termasuk tergamak membunuh nabi mereka. Antara nabi yang mati di tangan bani Israel ialah Nabi Yahya.

Lebih 1400 tahun dulu Allah telah memberi mesej ini kepada kita, tapi tak ramai pun yang kenal siapa Israel. Kita hanya bertinda mengutuk bila saudara kita di Palestin dipijak2, dan bila keadaan seumpamanya berlaku. Sedangkan kita sepatutnya mengutuk mereka di setiap minit, tak susah pun, hanya dengan membaca al-Quran, kerana ada banyak ayat2 yang mengutuk bangsa ini.

by Mommy Lyna at 5:55 AM 0 comments

Pengajaran 32: Sifat-Sifat Pejuang

Saturday, January 24, 2009

lamanya saya tidak update blog. sibuk mungkin, atau mungkin ketiadaan input.

seminggu sudah, kita masih lagi hangat memperkatakan soal Palestin. sekarang saya kira sudah agak reda sedikit rentetan pengunduran tentera Zionis.

sebenarnya saya tidak ikuti sangat perkembangan terbaru di Gaza... kerana sang Zionis bukannya kali ini saja menghenyak kaum Muslimin di Palestin. hairan juga saya kerana musim-musim begini saja riuh di sana sini tentang boikot barangan Israel dan US. malah ada yang berpendapat 'untuk sementara saja'. sedangkan Zionis berundur itu bukan untuk sementara. malah lebih 2/3 dari tanah Palestin sudah menjadi milik negara haram Israel.

saya tidaklah mahu mengomen apa-apa tentang usaha-usaha pemboikotan atau apa-apa yang telah dilakukan demi saudara se-Islam di Palestin. namun mungkin sebagai renungan, apabila kita melaksanakan sesuatu atas nama Islam, kita sebenarnya berjuang. ini kerana kita melawan sesuatu anasir, bukan melakukannya dengan sendiri.

di Palestin, jika tidak kerana pembantaian dari puak Zionis, adakah kita mahu memboikot, menderma mahupun berdoa untuk mereka? malah dalam mendirikan solat pun kita berjuang menentang perkara-perkara yang menghalang kita dari menumpukan perhatian kepada solat.

walau sekecil mana peranan kita dalam apa saja perjuangan, biarlah yang sedikit itu disertai dengan sifat-sifat pejuang. tak perlu kita menclaim diri untuk menjadi syahid baru kena ada sifat seorang pejuang.

  1. Aqidah yang bersih dan sejahtera (saliimul ‘aqiidah)
  2. Akhlak yang mantooppp (Matiinul khuluqi)
  3. Ibadah yang sahih dan benar (Shohiihul I’baadah)
  4. Tubuh yang sihat dan kuat (Qowiyyul jismi)
  5. Pemikiran yang intelek (Mutsaqqoful fikri)
  6. Jiwa yang bersungguh-sungguh (Mujaahadatun nafsi)
  7. Mampu berusaha mencari nafkah (Qaadiirun ‘alal kasbi)
  8. Efisyen dalam memanfaatkan waktu (Hariisun ‘alal waqti)
  9. Memberi manfaat bagi orang lain (Naafi’un lighoirihi)
  10. Selalu menghindari perkara yang syubhah dan tidak pasti (Ba’iidun ‘anisy syubuhat)
  11. Sentiasa menjaga dan memelihara lidah (Hifdzul lisaan)
  12. Istiqomah dalam kebenaran (istiqoomatun filhaqqi)
  13. Sentiasa menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan (Gaddhul bashor wahifdul hurumat)
  14. Lemah lembut dan suka memaafkan (Latiifun wahubbul ‘afwi)
  15. Benar, jujur dan tegas (Al Haq, Al-amanah-wasyja’ ah)
  16. Yakin dalam tindakan (Mutayaqqinun fil’amal)
  17. Merendah diri (Tawadhu’)
  18. Berfikiran positif dan membina (Al-fikru wal-bina’)
  19. Sentiasa bersiap sedia untuk menolong (Mutanaashirun lighoirihi)
  20. Bersikap keras terhadap orang-orang kafir (Asysyidda’u ‘alal kuffar)

walaupun kita cuma berjuang untuk membantu Palestin dari bawah cengkaman Israel dengan sekecil-kecil usaha, atau pun untuk mendapatkan hasil terbaik dalam  pelajaran/pekerjaan, sebagai seorang Muslim haruslah melengkapkan diri dengan sifat-sifat tersebut, semoga setiap usaha yang kita lakukan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

biarlah boikot, doa, derma atau apa saja yang kita hulurkan adalah demi Islam dan Lillahi Taala, bukan semata-mata kerana kemanusiaan. kerana sesiapa pun boleh melalukannya demi kemanusiaan, tidak perlu menjadi seorang Islam pun.

kerana kita Islam, kita ada kelebihan, yakni ma'iatullah (kebersamaan dengan Allah).

semoga Allah memberi petunjuk kepada semua pejuang agama-Nya, tidak kira di Palestin, Malaysia atau di mana jua kita dan mereka berada. AMIIN.

by Mommy Lyna at 2:28 PM 2 comments

Pengajaran 31 : Prihatin?

Tuesday, December 16, 2008

buang bayi.

itu salah satu isu yang men-trigger emosi kaum ibu.

"kasihan baby"
"tidak berhati perut"
"binatang pun sayangkan anak"
etc.

pernahkan kita mencuba untuk membuka hati dan merenung dalam2 akan perkara tersebut?

menjadi lumrah masyarakat kita, sebagai 'consumer' terhadap 'end product', kita cume nampak perkara 'end product'nya saja.

contohnya seorang penagih dadah yang baru keluar pusat, kebanyakannya kembali menagih sebab tidak diterima masyarakat. ye lah.. elok2 kawan nak insaf, orang duk cakap dia drug addict jugak. kalau ada apa2 kes kecurian ke.. orang tuduh dia jugak. mana motivasi nak berubah?

begitu juga orang buang bayi...

bayi tu, bayi lah. semua orang pun marah bayi tak berdosa diperlakukan begitu.

tapi kita, bagaimana kita memandang maknya?

sedangkan orang yang bersalin tak sampai 9 bulan lepas kahwin pun kita dah pandang semacam & cakap macam2 (walhal baby lahir tak cukup bulan), ini kan pula orang yang mengandung, bersalin tapi tak kahwin2.

boleh merubah apa2 kah dengan bersimpati dengan baby? bagaimana dengan mak baby?

"hukuman setimpal"
"patut bunuh saja"
"biar dia rasa apa yang baby tu rasa"
etc.

hukum, hukumlah juga. tapi apa root cause dia.. pernah ke kita nak ambil tahu? bagaimana dia boleh mengandung, bersalin sorang2, kemudian buang baby sampai mati... pernah ke kita nak tahu?

agak2 la... mari imagine... kita tengah duduk relaks2 kat rumah, tiba2 ada orang ketuk pintu. rupanya sorang budak perempuan yang tengah mengandung. dan berkata "kak, tolonglah jaga bayi saya bila dia lahir nanti".

agak2 nak ke kita terima macam tu je???? takde ke rasa "ntah2 ada AIDS ke penyakit apa2 ke.."????

cakap je boleh lah.

insafilah diri. sebelum kita mencerca. semoga perkara2 sedemikian tak terkena pada keluarga kita. naudzubillahi min zalik....

by Mommy Lyna at 8:53 AM 1 comments

Pengajaran 30 : Ujian

apa tu ujian?

kalau di sekolah, ujian adalah masanya untuk menguji sama ada budak sekolah betul2 faham atau tak ape yang cikgu ajar. walaupun ada yang meniru, sekurang2nya mereka mempunyai daya pemikiran yang agak sihat untuk berfikir bagi mencapai kejayaan.

ujian dalam hidup, ujian Allah bagaimana?

tapisan untuk membuktikan kita benar2 hamba-Nya, umat Islam yang sejati.

kenapa orang CUMA sebut benda SUSAH itu sebagai ujian?

kenapa hanya bila diuji dengan kesusahan saja kita patut bersabar? benda yang senang tak perlukah bersabar?

ujian Allah tu tak datang dalam bentuk susah je... harta banyak pun ujian, anak2 pun ujian. tapi kenapa kita cuma nampak benda susah je sebagai ujian & benda senang tanda Allah sayang ke?

Allah ni beri senang pada orang yg Dia sayang supaya orang tu terus bersyukur, tapi Dia juga bagi senang pada orang yang Dia tak sayang supaya orang tu terus-terusan kufur. Dia juga bagi susah pada orang yang Dia sayang supaya orang tu terus-terusan ingat Dia, tapi Dia juga bagi susah pada orang yang Dia tak sayang supaya orang tu terus-terusan berkeluh kesah.

jadi, antara cara nak ukur kasih sayang ke ujian Allah ke, cuba tengok penerimaan kita terhadap sesatu pemberian tu.
then.. sendiri mau ingatlah.

by Mommy Lyna at 8:33 AM 0 comments

Pengajaran 29: Bersederhana

Wednesday, October 22, 2008

apakah itu qanaah?

qanaah bermaksud rasa cukup dan puas hati dengan apa jua rezeki pemberian Allah, yang merupakan satu sifat Rasulullah.

apakah kecukupan itu dengan tidak berusaha untuk memajukan diri, dengan alasan 'mengejar harta dunia?'.

sifat qanaah, bukanlah bermakna mengekang atau menyekat segala cita-cita, kerana tidak mahu mengejar dunia. tetapi, ia adalah perkara-perkara 'mengejar dunia' yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT. orang yang qanaah tidak berserah nasib begitu sahaja kepada Allah SWT dengan tiada apa-apa usaha. qanaahnya seseorang itu tidak boleh diukur dengan saiz rumah atau kereta yang dimilikinya, kerana sifat sederhana itu bukan bermakna harus makan nasi dengan garam dan naik basikal sedangkan pendapatannya mencecah 5 juta sebulan.

sifat qanaah tidak hanya patut ada pada orang yang tidak punya (miskin), tetapi meliputi semua orang selagi dia adalah hamba Tuhan. kita sering mengibaratkan seorang yang hidupnya agak susah sebagai 'qanaah dan zuhud' sedangkan seorang yang berada sebagai 'tamak haloba pengumpul harta dunia' dan sebagainya. sedangkan, sifat-sifat mahmudah itu bukan datang dari mana-mana kategori kehidupan, akan tetapi dari 'hati-hati' yang menjalani kehidupan tersebut.

contohnya, seorang yang tidak berwang, tetapi saban hari mengeluh tentang keadaan dirinya.. merenung nasib, dan sebagainya. adakah itu sifat qanaah? seorang yang lain bergaji 50juta sebulan, berumah banglo seperti istana dan berkereta 15 biji, selain dari untuk simpanan dan pelaburan keluarga, dia mendermakan sebahagian wang gajinya untuk kegunaan umat Islam yang lain. adakah itu tidak qanaah?

seorang yang qanaah, boleh jadi seorang ahli perniagaan yang berjaya, di kala orang lain sibuk mencari strategi berniaga untuk membuncitkan perut masing-masing, beliau memandangnya sebagai satu ibadah, sehingga sifat taqwa yang menguasai dirinya menghalangnya daripada menipu, merasuah, menyogok, mengipas dan sebagainya. dan keuntungan yang diperolehi tidak semata-mata ditompokkan di akaun sendiri untuk di bawa ke kubur kelak, tetapi diagih-agihkan kepada yang memerlukan, semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.

seringkali kita menganggap bahawa, Islam melarang mencari duniawi, fokus pada ukhrawi. ya benar, memang kita tidak mengejar dunia. tapi harus diingat bahawa dunia ini adalah ladang akhirat. adat berladang, mula-mula kita kena semai benih, jaga dengan baik, sehingga dia membesar dan membuahkan hasil. dan benih itu tidak akan tersemai sendiri kalau kita hari-hari cuma berdoa saja tapi tidak pula bergerak untuk menyemai, menanam, menyiram dan sebagainya.

mengikut sejarah Nabi Adam AS, Qabil dan Habil pernah memberi 'korban' kepada Allah SAW dalam bentuk binatang ternak dan tanaman. maknanya sikap berusaha sudah ada sejak azali dari zaman Nabi Adam lagi. haruslah sekarang kita berusaha, bukan semata-mata berserah saja kepada Allah.

di dunia ini apa yang penting? aci potong ayam, ia adalah wang. kalau tiada wang, bagaimana mahu makan? sedangkan TV3 tolong kutip derma Bersamamu untuk cari dana bagi membantu orang-orang miskin. dan ramai rumah anak yatim yang menunggu insan-insan berhati mulia membantu mereka dari segi kewangan. jika umat Islam semuanya miskin dan tidak berwang, siapa yang mahu menolong mereka? Lion Club lagi? Rotary Club lagi? bila mereka-mereka ini tampil, kita rasa kesal, tapi hakikatnya kita sendiri tidak mampu membantu kerana 'tiada harta dunia'.

Rasulullah bersabda antaranya ialah umat Islam akhir zaman mencintai dunia dan takut mati. akan tetapi Baginda tidak menyebut tentang mencari harta. dan mencintai akhirat, tidaklah dengan mengharapkan rahmat Allah dan bantuan-Nya semata-mata tanpa berusaha meningkatkan ekonomi sendiri dan keluarga.

Rasulullah dan para sahabat sendiri menjalankan perniagaan, dan tidak pernah dinyatakan setelah Islam, mereka semua menumpukan pada dakwah dan menutup semua perusahaan. yang diberitakan, satu demi satu harta kekayaan mereka digunakan untuk kepentingan Islam. saban perang, bukan sedikit dana diperlukan, tetapi tetap saja ada dana dari para sahabat samada dari segi kewangan, haiwan perang, senjata, makanan, dan sebagainya.

jika kita tidak punya apa, apa yang boleh kita sumbangkan? sedangkan di kala dunia menghadapi krisis harga minyak, kita sudah terkulat-kulat. mengapa? kerana kita tiada pengaruh dalam ekonomi dunia. kenapa Islam tidak sampai ke situ? kalau kita perhatikan pun, organisasi-organisasi 'Islam' yang besar-besar, sejauh mana 'qanaah' mereka (kita)? sedangkan dana anak yatim pun ada masuk ke poket sesetengah orang kan (*maklumat underground).

jadi sebagai generasi muda, haruslah kita ubah persepsi terhadap duniawi-ukhrawi. perkataan 'sekular' ini telah membunuh jatidiri kita sebagai orang Islam. sehingga kita pun sebenarnya sekular kerana menumpu semata-mata ke akhirat saja tapi tidak pada masalah dunia. seharusnya kita menyedari bahawa no such 'ilmu dunia', 'ilmu akhirat', 'harta dunia', 'harta akhirat' ... semuanya menjadi OK jika dilaksanakan lillahitaala.

Islam pernah gemilang, dan ia pasti akan gemilang kembali.

walaupun gaji kita tidak seberapa berbanding mereka-mereka yang baru belajar untuk hidup, sedarlah bahawa di situlah sifat qanaah harus dipupuk. bersederhanalah dalam mengejar material. jika mahu gaji lebih, bekerjalah bersungguh-sungguh dan komited dengan kepimpinan kendiri. tidak perlu mengipas dan membodek sesiapa, biarlah gaji kecil asalkan halal dan insya-Allah ada keberkatannya.

jika tidak mampu berbeg Louis Vuitton, pakai beg LV sepuluh ringgit pun OK... tapi kalau mampu berbeg sepuluh ringgit, jangan pula pakai beg plastik free kedai runcit but isi wallet, transparent, senang kena target.

by Mommy Lyna at 9:19 AM 1 comments