Pengajaran 31 : Prihatin?

Tuesday, December 16, 2008

buang bayi.

itu salah satu isu yang men-trigger emosi kaum ibu.

"kasihan baby"
"tidak berhati perut"
"binatang pun sayangkan anak"
etc.

pernahkan kita mencuba untuk membuka hati dan merenung dalam2 akan perkara tersebut?

menjadi lumrah masyarakat kita, sebagai 'consumer' terhadap 'end product', kita cume nampak perkara 'end product'nya saja.

contohnya seorang penagih dadah yang baru keluar pusat, kebanyakannya kembali menagih sebab tidak diterima masyarakat. ye lah.. elok2 kawan nak insaf, orang duk cakap dia drug addict jugak. kalau ada apa2 kes kecurian ke.. orang tuduh dia jugak. mana motivasi nak berubah?

begitu juga orang buang bayi...

bayi tu, bayi lah. semua orang pun marah bayi tak berdosa diperlakukan begitu.

tapi kita, bagaimana kita memandang maknya?

sedangkan orang yang bersalin tak sampai 9 bulan lepas kahwin pun kita dah pandang semacam & cakap macam2 (walhal baby lahir tak cukup bulan), ini kan pula orang yang mengandung, bersalin tapi tak kahwin2.

boleh merubah apa2 kah dengan bersimpati dengan baby? bagaimana dengan mak baby?

"hukuman setimpal"
"patut bunuh saja"
"biar dia rasa apa yang baby tu rasa"
etc.

hukum, hukumlah juga. tapi apa root cause dia.. pernah ke kita nak ambil tahu? bagaimana dia boleh mengandung, bersalin sorang2, kemudian buang baby sampai mati... pernah ke kita nak tahu?

agak2 la... mari imagine... kita tengah duduk relaks2 kat rumah, tiba2 ada orang ketuk pintu. rupanya sorang budak perempuan yang tengah mengandung. dan berkata "kak, tolonglah jaga bayi saya bila dia lahir nanti".

agak2 nak ke kita terima macam tu je???? takde ke rasa "ntah2 ada AIDS ke penyakit apa2 ke.."????

cakap je boleh lah.

insafilah diri. sebelum kita mencerca. semoga perkara2 sedemikian tak terkena pada keluarga kita. naudzubillahi min zalik....

by Mommy Lyna at 8:53 AM 1 comments

Pengajaran 30 : Ujian

apa tu ujian?

kalau di sekolah, ujian adalah masanya untuk menguji sama ada budak sekolah betul2 faham atau tak ape yang cikgu ajar. walaupun ada yang meniru, sekurang2nya mereka mempunyai daya pemikiran yang agak sihat untuk berfikir bagi mencapai kejayaan.

ujian dalam hidup, ujian Allah bagaimana?

tapisan untuk membuktikan kita benar2 hamba-Nya, umat Islam yang sejati.

kenapa orang CUMA sebut benda SUSAH itu sebagai ujian?

kenapa hanya bila diuji dengan kesusahan saja kita patut bersabar? benda yang senang tak perlukah bersabar?

ujian Allah tu tak datang dalam bentuk susah je... harta banyak pun ujian, anak2 pun ujian. tapi kenapa kita cuma nampak benda susah je sebagai ujian & benda senang tanda Allah sayang ke?

Allah ni beri senang pada orang yg Dia sayang supaya orang tu terus bersyukur, tapi Dia juga bagi senang pada orang yang Dia tak sayang supaya orang tu terus-terusan kufur. Dia juga bagi susah pada orang yang Dia sayang supaya orang tu terus-terusan ingat Dia, tapi Dia juga bagi susah pada orang yang Dia tak sayang supaya orang tu terus-terusan berkeluh kesah.

jadi, antara cara nak ukur kasih sayang ke ujian Allah ke, cuba tengok penerimaan kita terhadap sesatu pemberian tu.
then.. sendiri mau ingatlah.

by Mommy Lyna at 8:33 AM 0 comments

Pengajaran 29: Bersederhana

Wednesday, October 22, 2008

apakah itu qanaah?

qanaah bermaksud rasa cukup dan puas hati dengan apa jua rezeki pemberian Allah, yang merupakan satu sifat Rasulullah.

apakah kecukupan itu dengan tidak berusaha untuk memajukan diri, dengan alasan 'mengejar harta dunia?'.

sifat qanaah, bukanlah bermakna mengekang atau menyekat segala cita-cita, kerana tidak mahu mengejar dunia. tetapi, ia adalah perkara-perkara 'mengejar dunia' yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT. orang yang qanaah tidak berserah nasib begitu sahaja kepada Allah SWT dengan tiada apa-apa usaha. qanaahnya seseorang itu tidak boleh diukur dengan saiz rumah atau kereta yang dimilikinya, kerana sifat sederhana itu bukan bermakna harus makan nasi dengan garam dan naik basikal sedangkan pendapatannya mencecah 5 juta sebulan.

sifat qanaah tidak hanya patut ada pada orang yang tidak punya (miskin), tetapi meliputi semua orang selagi dia adalah hamba Tuhan. kita sering mengibaratkan seorang yang hidupnya agak susah sebagai 'qanaah dan zuhud' sedangkan seorang yang berada sebagai 'tamak haloba pengumpul harta dunia' dan sebagainya. sedangkan, sifat-sifat mahmudah itu bukan datang dari mana-mana kategori kehidupan, akan tetapi dari 'hati-hati' yang menjalani kehidupan tersebut.

contohnya, seorang yang tidak berwang, tetapi saban hari mengeluh tentang keadaan dirinya.. merenung nasib, dan sebagainya. adakah itu sifat qanaah? seorang yang lain bergaji 50juta sebulan, berumah banglo seperti istana dan berkereta 15 biji, selain dari untuk simpanan dan pelaburan keluarga, dia mendermakan sebahagian wang gajinya untuk kegunaan umat Islam yang lain. adakah itu tidak qanaah?

seorang yang qanaah, boleh jadi seorang ahli perniagaan yang berjaya, di kala orang lain sibuk mencari strategi berniaga untuk membuncitkan perut masing-masing, beliau memandangnya sebagai satu ibadah, sehingga sifat taqwa yang menguasai dirinya menghalangnya daripada menipu, merasuah, menyogok, mengipas dan sebagainya. dan keuntungan yang diperolehi tidak semata-mata ditompokkan di akaun sendiri untuk di bawa ke kubur kelak, tetapi diagih-agihkan kepada yang memerlukan, semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.

seringkali kita menganggap bahawa, Islam melarang mencari duniawi, fokus pada ukhrawi. ya benar, memang kita tidak mengejar dunia. tapi harus diingat bahawa dunia ini adalah ladang akhirat. adat berladang, mula-mula kita kena semai benih, jaga dengan baik, sehingga dia membesar dan membuahkan hasil. dan benih itu tidak akan tersemai sendiri kalau kita hari-hari cuma berdoa saja tapi tidak pula bergerak untuk menyemai, menanam, menyiram dan sebagainya.

mengikut sejarah Nabi Adam AS, Qabil dan Habil pernah memberi 'korban' kepada Allah SAW dalam bentuk binatang ternak dan tanaman. maknanya sikap berusaha sudah ada sejak azali dari zaman Nabi Adam lagi. haruslah sekarang kita berusaha, bukan semata-mata berserah saja kepada Allah.

di dunia ini apa yang penting? aci potong ayam, ia adalah wang. kalau tiada wang, bagaimana mahu makan? sedangkan TV3 tolong kutip derma Bersamamu untuk cari dana bagi membantu orang-orang miskin. dan ramai rumah anak yatim yang menunggu insan-insan berhati mulia membantu mereka dari segi kewangan. jika umat Islam semuanya miskin dan tidak berwang, siapa yang mahu menolong mereka? Lion Club lagi? Rotary Club lagi? bila mereka-mereka ini tampil, kita rasa kesal, tapi hakikatnya kita sendiri tidak mampu membantu kerana 'tiada harta dunia'.

Rasulullah bersabda antaranya ialah umat Islam akhir zaman mencintai dunia dan takut mati. akan tetapi Baginda tidak menyebut tentang mencari harta. dan mencintai akhirat, tidaklah dengan mengharapkan rahmat Allah dan bantuan-Nya semata-mata tanpa berusaha meningkatkan ekonomi sendiri dan keluarga.

Rasulullah dan para sahabat sendiri menjalankan perniagaan, dan tidak pernah dinyatakan setelah Islam, mereka semua menumpukan pada dakwah dan menutup semua perusahaan. yang diberitakan, satu demi satu harta kekayaan mereka digunakan untuk kepentingan Islam. saban perang, bukan sedikit dana diperlukan, tetapi tetap saja ada dana dari para sahabat samada dari segi kewangan, haiwan perang, senjata, makanan, dan sebagainya.

jika kita tidak punya apa, apa yang boleh kita sumbangkan? sedangkan di kala dunia menghadapi krisis harga minyak, kita sudah terkulat-kulat. mengapa? kerana kita tiada pengaruh dalam ekonomi dunia. kenapa Islam tidak sampai ke situ? kalau kita perhatikan pun, organisasi-organisasi 'Islam' yang besar-besar, sejauh mana 'qanaah' mereka (kita)? sedangkan dana anak yatim pun ada masuk ke poket sesetengah orang kan (*maklumat underground).

jadi sebagai generasi muda, haruslah kita ubah persepsi terhadap duniawi-ukhrawi. perkataan 'sekular' ini telah membunuh jatidiri kita sebagai orang Islam. sehingga kita pun sebenarnya sekular kerana menumpu semata-mata ke akhirat saja tapi tidak pada masalah dunia. seharusnya kita menyedari bahawa no such 'ilmu dunia', 'ilmu akhirat', 'harta dunia', 'harta akhirat' ... semuanya menjadi OK jika dilaksanakan lillahitaala.

Islam pernah gemilang, dan ia pasti akan gemilang kembali.

walaupun gaji kita tidak seberapa berbanding mereka-mereka yang baru belajar untuk hidup, sedarlah bahawa di situlah sifat qanaah harus dipupuk. bersederhanalah dalam mengejar material. jika mahu gaji lebih, bekerjalah bersungguh-sungguh dan komited dengan kepimpinan kendiri. tidak perlu mengipas dan membodek sesiapa, biarlah gaji kecil asalkan halal dan insya-Allah ada keberkatannya.

jika tidak mampu berbeg Louis Vuitton, pakai beg LV sepuluh ringgit pun OK... tapi kalau mampu berbeg sepuluh ringgit, jangan pula pakai beg plastik free kedai runcit but isi wallet, transparent, senang kena target.

by Mommy Lyna at 9:19 AM 1 comments

Pengajaran 28: Puasa, Mengandung & Menyusu

Thursday, September 4, 2008

mengandung dan menyusu sebenarnya bukan excuse untuk tidak puasa. tapi... tapi... mengandung dan menyusu SEKIRANYA bimbang akan keselamatan anak/keselamatan diri, barulah layak diberi rukhsoh yakni kelonggaran untuk berbuka atau tidak berpuasa.

mengikut 4 imam pun, hanya dengan KHUATIR AKAN KESELAMATAN, barulah rukhsah itu berjalan. sekadar berasa haus, lapar... itu memang perkara biasa bagi siapa-siapa pun yang berpuasa. jadi itu tidak meringankan seorang ibu mengandung atau menyusu untuk berbuka. yang menjadikan keringanan ialah bila, seperti di atas KHUATIR akan keselamatan salah satu darinya, samada diri sendiri atau anak.

kekhuatiran ini memadai dengan was-was sendiri (dari tanggapan diri), atau pengalaman (pernah mengalaminya) atau pun atas nasihat doktor. tanggapan diri itu bukannya semata-mata sebab berasa letih, penat... tapi tanggapan diri yang takut terjadi apa-apa pada anak atau diri sendiri. kes ini tidak perlukan pengesahan doktor :)

dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas R.A "sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa"

jadi, tidak bolehlah saja-saja tidak mahu puasa sebab mengandung atau breastfeed tanpa ada sebab seperti di atas, dan juga kalau sudah konfem/risau akan adanya kemudaratan (efek janin, anak yang disusukan atau diri sendiri) pun tidak digalakkan meneruskan puasa juga. rukhsah adalah hadiah dari Allah, jadi kita kena terima hadiah dari-Nya dengan senang hati.

kalau berbuka kerana kebimbangan itu, tidak dinamakan 'ponteng', pontengnya bila, tiada apa2 masalah tapi menjadikan mengandung atau menyusu sebagai sebab untuk berbuka... dan ingatlah, meninggalkan puasa sehari tanpa ada apa-apa keuzuran, walaupun diganti dengan puasa setahun pun takkan boleh menampungnya.

"wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (2:183)

by Mommy Lyna at 11:10 PM 0 comments

Lamanya tak Update

Sunday, June 1, 2008

takde idea nak tulis ape pasal asik menulis kat My Super Child.

hehehe.

by Mommy Lyna at 5:41 PM 3 comments

Pengajaran 27 : Muslimah yg Ideal

Saturday, April 19, 2008

bagaimanakah menjadi Muslimah yg ideal? ideal ya, bukan idealisitik.

haruslah menjaga 3 perkara besar ini:

1. BODY

  • besederhana dalam makan dan minum.
  • beriadah.
  • jaga kebersihan pakaian dan tubuh badan.
  • jaga kebersihan mulut dan gigi.
  • jaga kebersihan rambut.
  • menunjukkan penampilan yang bagus.
  • tidak berlebih2an dalam berhias.
2. MIND
  • giat mencari ilmu.
  • berusaha untuk mendalami bidang yg diceburi.
  • tidak dipengaruhi perkara2 karut dan mitos.
  • tidak berhenti belajar dan membaca.
3. SOUL
  • beribadah dengan konsisten.
  • bersama2 dengan orang2 yang menegakkan agama Allah.
  • sentiasa berzikir dan berselawat.
  • mengikut sunnah.

by Mommy Lyna at 10:03 PM 0 comments

Pengajaran 25 : Ikut Kemampuan atau Ikut Kemahuan?

Sunday, April 6, 2008

pengajaran dari kisah burung kecil yg membawa air ketika Nabi Ibrahim dibakar Namrud : buatla sekadar termampu walaupun sedikit.

lalu itu menjadi ikutan kita, kalo xbole buat semua, buat sikit pun tak apa, asal buat. mana2 yg kita mampu, buatlah.

saya ada perspektif berbeza.

yg di dalam cerita itu adalah burung kecil. bukan garuda. yg di dalam cerita tu burung kecil, kapal terbang.

lalu, apa kemampuan burung kecil? dia membawa air dalam paruh yg kecil itu, kerana itulah saja kemampuan dia. mana mungkin burung kecil tu nak heret setong air atau hos bomba kan?

kita manusia, bukan burung kecil. kita mampu buat benda yg lebih besar. tp kita kata "burung kecil tu dia tahu api takkan padam dgn air dari paruhnya, tp dia tetap juga buat, kerana itu usaha dia utk tolong Nabi Allah. jadi kita kene buat walau sekecil mana usaha utk tolong agama Allah. buatlah mana yg termampu".

buat mana termampu, itu betul. tp mengambil contoh burung kecil utk 'tak apa buat sikit2 mana yg kita mampu, yg xmampu tak payah buat' itu kurang betul. burung kecil itu menggunakan seluruh tenaga dan sumber yg ada padanya. tapi kita? adekah yg kita kata 'mampu' tu benar2 semampu kita, atau hanya sekadar, 'semahu' saja?

pikir balik, apa yg kita buat selama ni (especially dlm menolong agama Allah) , yg kita mampu, atau yg kita mahu?

by Mommy Lyna at 12:32 AM 1 comments

Pengajaran 24: Gunanya Lidah

Saturday, March 29, 2008

banyak hadis yg memperkatakan tentang pentingnya menjaga mulut.

bukan saja darihal mengumpat.

tapi darihal 'kegiatan' sehari2 yg kita tidak sedar.

bukankah lebih baik hiburkan hati dengan zikir daripada mengeluh & menyump*h seran*h?

by Mommy Lyna at 8:49 AM 0 comments

Pengajaran 23: Bila Mengata Orang

Tuesday, March 11, 2008

mengata orang memang seronok. lebih2 lagi pada isu2 hangat yang berunsur fitnah lagi ditokok tambah, dan dicampur anasir2 dengki lagi irihati.

mengapa kita suka mengata? mungkin, sebab kita tak dapat apa yang dia ada. dan mungkin, sbbkita tidak berada di tempat dia.

memanglah kita, orang lain serba tak kena. kita saja yang betul. tapi kita kena ingatlah, yang menguji kita itu ialah Allah Yg Maha Esa. Dia tak perlu banyak masa untuk pulangkan paku buah keras atau orang Putih kata pay back ke kita.

contoh kisah benar (nama dirahsiakan).

si A mengata kawannya B, yg baru kawen. terlalu dgr cakap laki la... mak turut la... penakut la.. etc. si A belum kawen masa tu. B terasa hati, lalu menjauhkan diri. bila dia kawen, sekali dia lagi teruk dari B, siap tak balik rumah ibu sendiri sebab suami x izinkan, & siap benarkan suami kahwin sorang lagi walaupun hidup cukup2 makan saja. lalu A tidak menjadi setegas dulu. sedih2 saja.

satu sudut positif, A menjadi isteri solehah yg taat pada suami. tp fahamilah bagaimana perasaan si B sewaktu di kata depan2 & belakang satu masa dahulu. hilang sorang kawan.

naudzubillah, semoga Allah melindungi kita dari perbuatan begitu. andai ada teman bermasalah, bantulah dia. dekatilah dia dengan approach yang baik, jika tidak mampu, doakanlah dari jauh. kita bukan best pun. kita ni cuma hamba Allah, yang sama saja. di akhirat esok semua kita akan ditelanjangkan. kita pun akan menjalani penghisaban. jadi, apa beza kita dengan dia?

biar Allah saja yg menilai. kita pula, usahlah berpecah belah begitu oleh sebab kita tak sama. bukankah Allah menjadikan manusia itu berbeza2?

by Mommy Lyna at 2:45 AM 0 comments

Pengajaran 22: Memilih Pemimpin dan Kepimpinan

Saturday, March 8, 2008

tengah2 hangat isu PRU 12.

apakah itu pemimpin?

what is leader?

dari kata akarnya, pemimpin = pimpin, dan leader = lead.

sekilas, seorang pemimpin adalah seorang yg memimpin, dan seorang leader ialah seorang yang 'lead'.

pentingkah kita untuk memilih pemimpin? ya, penting. lupakan tentang sirah, hadis mahupun wahyu Allah tentangnya. jika dilihat di logik akal pun, memilih pemimpin adalah penting dan utama.

kita boleh untuk tidak ambil kisah. tapi andaikata, tiba2 si pemimpin itu membawa kita ke lubang najis atau ke lubuk buaya, apa tindakan kita? dia adalah pemimpin, dan sedang meminpin tangan kita ke lubang najis, apakah kita akan "tak apalah, dia pun masuk dalam lubang najis juga", atau berpaling tadah?

jadi tidak perlu kita berfikir dua kali atau buat tak endah tentang pemimpin dan kepimpinannya. fikir banyak kali, dan buat endah ye.

by Mommy Lyna at 2:37 AM 1 comments

Pengajaran 21: Goal Setting

Sunday, February 10, 2008

apakah goal kita? apakah yg kita mahu capai? apakah cita2 kita? apakah impian kita? atau apa sajalah yg berkaitan masa depan. apakah?

yang paling utama, apakah kita tahu itu apa?

mungkin kita boleh berkata "cita2 saya ialah menjadi Muslim yg dikasihi Allah" atau "saya mahu mencapai Mardhotillah" atau "saya mahu masuk syurga" atau "mahu hidup selamat dunia akhirat" dsb.

cita2, bukan angan2. dan bukan macam kanak2 yg "cita2 saya hendak menjadi posmen" hanya kerana suka melihat posmen menghantar surat motor. oleh itu, bila kita berkata "mahu mencapai mardotillah" pastikan itu bukan cakap2 kosong semata.

bagaimana mahu pastikan kita tidak bercakap kosong?[kita katakan cita2 atau impian sebagai gol]

1. gol itu mesti sesuatu yang dalam capaian.
- jgn bercita2 yg tidak logik.

2. gol itu mesti spesifik.
- menjadi wanita solehah - tidak spesifik ini!
- selawat 10x sehari, istighfar 10x sehari, baca Quran 1muka sehari, infak rm1 sehari - lebih spesifik.

3. mesti kira kos utk mencapai gol itu.
- larat ke selawat 10x sehari? jgn main booh je tp xlarat nkwat. letak taget yg kita larat & bole buat. xlarat 10x, letak 9x ke..
- jgn boh gol yg merapu2 kalo kita xboleh nak buat. igt main2 ke ape.

4. tulis
- kata2 pujangga inggeris: a blunt pencil is better than a good mind.
- tulis kat buku catatan atau mana2 yg kita alan selalu lihat. x ada guna tulis elok2 tp dok simpan dalam laci.

5. buat!
- dah tulis, jgn beralasan lagi utk tidak buat. buat saja. sebab kita dah konsider kosnya kan?

kita tahu kita mesti jadi lebih baik setiap hari. dan ia mesti bermula hari ini!

by Mommy Lyna at 10:19 PM 1 comments

Pengajaran 20 : Muslim Yang Proaktif 2

Monday, February 4, 2008

pernahkah kita terfikir macam ni:-

"dah memang takdir macam ni. buat ke, x buat ke, macam ni lah nasib aku..."
"ini mmg nasib aku, qada & qadar aku"
"mmg dah nasib aku macam ni nak buat macamana... dia cantik, xpadan dgn aku yg hodoh ni"
"aku mmg tak pandai. mmg tak layak nak berada kat tempat tu"
"aku memang penakut dan tak mungkin akan berjaya"
"biarlah diorang. aku dgn cara aku (yg gagal ni)"
etc.

subhanallah.

dalam suratul baqarah ayat 30 Allah berfirman "Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". mereka berkata: "mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".

subhanallah.
dari kalangan para malaikat yg sentiasa beribadat itu, Allah memilih kita sebagai manusia sebagai penguasa (khalifah) di bumi.

bila menyebut kata khalifah, kadang2 kita terbayang seorang raja atau pemimpin atau menteri atau pembesar atau apa saja yg gagah berani & bijak melaksanakan pentadbiran negara. sampaikan kita lupa bahawa khalifah itu adalah kita. kerna itulah kita kadangkala buat tak endah saja dengan beberapa isu, terutama isu2 yg takde kena mengena dengan kita atau keluarga kita. dan kerana kita tak merasa kita khalifah, maka kita hidup dengan spontan saja. xde makna apa2.. biarkan saja semuanya berlalu...

sedarkah kita bahwa Allah telah memberi kita pilihan. qada' dan qadar telah tersedia, tapi Allah telah memberi kita 'kuasa' utk mengubah takdir. afterall, kita bukannya tau takdir kita kan? jadi kita berhak utk memilih hidup yang sempurna, yg baik, yg lurus, yg tenang.

kenapa? sebab Allah dah bagi pilihan tu dalam tangan kita. Allah tidak mengubah nasib kita kalau kita tidak mengubahnya. seorang sahabat pernah ditegur kerna membiarkan untanya tidak bertambat tp bertawakal saja agar untanya tak hilang. kita yg kena bertindak! kita yg kena take precaution.

kita mesti tukar cara berfikir. jangan lagi menunggu sesuatu terjadi baru nak bertindak apa2. think beyond. jgn kata kita tak mampu. permulaan tamadun dan teknologi bermula dari negara Islam dan ilmuan Islam.

paling senang, tuka cara pemikiran kita saja. tuka paradigma kita tentang sesuatu. cuma tukar satu benda saja. kita adalah pemandu dalam hidup kita & takdir mengikutnya. bukan takdir yang memandu dan kita mengikutnya dengan lesu...

by Mommy Lyna at 8:15 PM 0 comments

Pengajaran 19: Muslim Yg Proaktif

Thursday, January 24, 2008

kes I: mubaligh Kristian masuk ke kampung2,
kes II: orang yg 'pernah' Islam mau tuka status agama dalam MyKad nya.
kes III: orang yg 'pernah' Islam dgn gembiranya mengaku dia sudah tak Islam lagi.
kes IV: barang2 Israel diguna meluas seluruh dunia.
kes V: orang bukan Islam tuntut itu ini dari orang Islam.
kes VI dan seterusnya....

bosanlah. tak habis2 dengan berita macam tu. bukan bosan dengan tindakan mereka, tp sesungguhnya saya bosan dengan reaksi kita. timbul kes I, bising kejap. gelabah. marah2. etc. lepas tu senyap. timbul pula kes II. bising kejap. gelabah. marah2. lepas tu senyap. dan seterusnya.

Maha Suci Allah. terbukti sudah sabda Rasulullah SAW yg mengatakan "umat Islam akhir zaman seperti buih di lautan". memang, ramai tp sangat rapuh. sekali buih menggulung2..tp bila berlaga sesama sendiri pun sudah pecah. apa lagi bila bertembung dgn kapal.

saya selalu dapat email tentang perkara2 berkaitan kes di atas. dan dibawahnya biasanya ada pesanan 'sebarlah kepada saudara semuslim anda'. sayangnya saya terus tekan butang 'delete'. tidak peduli? tidak prihatin? tidak sensitif? apa sajalah. logik akal pun nampak tidak logik. orang sana sudah bergerak ke sana ke mari menyebar dakyah, kita masih duk berutus2 email. benarlah, orang kata, x apa, asalkan niat ikhlas, hantar email ni kira usaha dakwah juga.

begini, katakan anda sakit lalu ke doktor. lalu doktor berikan satu senarai ubat2. lalu kamu baca. kamu balik rumah, dan suruh adik kamu baca. lepas tu mak kamu baca dan seterusnya satu rumah kamu baca senarai ubat tu. sembuh ke penyakit kamu macam tu? yg patut kamu buat, ialah bawa senarai tu ke farmasi & suruh tokei farmasi tu berikan ubat2 dalam list tu utk kamu. dan kamu kena makanla, bukan buat koleksi. ape kes.

tak rasa sama ke macam kes kat atas tu?

kitalah Muslim yg sudah hilang jati diri. dari hari ke hari menyaksikan orang sana buat itu buat ini, tapi kita cuma bole sebarkan email, sebarkan perasaan 'takut', sebarkan kemarahan... yg bersifat sementara.

kenapa kita tak buat macam mereka? mungkin sebab kita pun tak yakin dengan 'Islam' kita sendiri.

sudah2 la tu nak rasa takut, marah, gelisah, gelabah. dah sampai masanya ntuk kita bangun. bukan kena pergi berperang dengan mereka. perang diri kita sendiri dulu. perang dulu perasaan tah apa2 tu. buat sesuatu.

paling koman, banyakkan belajar tentang Islam. supaya kita bole berkongsi pengetahuan dengan orang lain. dan menjadi contoh pada orang lain. dan buat orang lain suka dengan Islam dan dah tak minat nak tukar agama lagi.

by Mommy Lyna at 7:35 AM 2 comments

Pengajaran 18: Masa Itu Ada

Friday, January 18, 2008

kita sering mengeluh, tiada masa, tak sempat, dah lambat, etc. contohnya untuk hal2 mutabaah, terutama pabila sudah ada komitmen lain, seperti bekerja dan berkeluarga misalnya. kita sering mendengar... keluhan2 bahawa, semasa belajar memang semuanya sempat dibuat. bila sudah bekerja, tidak sempat lagi. apatah lagi bila sudah beranak pinak, solat pun di hujung2 waktu, untuk kusyuk apatah lagi.

benarlah Allah menyediakan pahala 7kali ganda untuk mereka yang bernikah dan bekeluarga. tapi apakah 7 kali ganda itu cukup untuk 'cover' amalan2 yang diambil ringan atas alasan 'tiada masa' ini?

iman itu asalannya di dasar, yakni berupa akar. dan akar ini bukan sekadar perlu 'ada', malah ia perlu disiram dan dijaga. sebagaimana kita berusaha menyiram dan menyuburkan kemesraan dalam keluarga, siraman terhadap iman itu lebih dalam lagi.

Allah berfirman dalam suratul-Anfaal ayat 28"Dan ketahuilah bahawa harta benda dan anak kamu itu, hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar." terdapat banyak penafsiran tentang ayat2 sebegini, namun bagi saya, simple saja.

kita tengok ada orang yg mendapat anak, suka dan gembira, berbangga2, malah hingga lupa bahawa anak itu adalah kurniaan Allah padanya. baginya, anak adalah lambang 'kekuatan' dan 'kehebatan'. dan bagi mereka yang tidak mendapat anak, hidup dirundung duka, malah diri difitnah, dituding sebagai mandul, tidak subur, dan sebagainya. mudah, anak itu ujian bagi yang mendapatnya, utk menguji sejauh mana keimanan, bersyukur atau takbur dan bangga dengan anaknya. dan ujian bagi yang tiada anak, apakah menyalahkan ALlah kerana tidak dikurniakan cahayamata atau menggunakan status 'tiada anak' itu sebagai tiket utk lebih merapatkan diri kepada-Nya. dsb.

berbalik kepada topik. bila menyiram pokok, pertamanya kita perlu tau cara menyiram, dan mana hendak disiram. begitu juga dengan iman. bagaimana cara menyiram dan apa yg mau disiram? berimankah kita hanya dengan mengatakan "saya beriman". tolak ujian2 keimanan yg dijanjikan Allah, apekah langkah2 yg kita buat utk menyuburkan iman?

bila sudah bekeluarga, kita sudah tidak banyak masa utk mutabaah, meski yang ringan. mau mengaji, diganggu anak. mau matsurat, diganggu anak. mau solat, diganggu anak. mau baca buku, diganggu anak. dsb. hingga tanggungjawab terhadap anak telah malampaui tanggungjawab terhadap roh kita sendiri.

sesungguhnya Allah telah meletakkan keindahan itu di sebalik 'gangguan2' tersebut. namun, kita yang perlu mengorek keindahan itu. jika tidak, yg ada hanyalah 'sudah tiada masa lagi kerana sibuk dgn famili'.

beberapa tips yang ingin dikongsi:-

1. bangun seawal pagi untuk solat sunat & mengaji al-Quran di waktu anak2 masih tidur. satu muka pun sudah cukup, yang penting istiqamah.

2. libatkan anak2 kecil dalam aktiviti2 mutabaah seperti membaca al-matsurat, zikir, etc. sambil melayan mereka, bacalah matsurat. di samping itu boleh mendidik mereka mengenal zikrullah.

3. berkata2 baik dgn anak2 kecik bila kita mau melakukan ibadah atau kerja2 lain. mungkin sekali dua tidak berjaya, cubalah berkali2, walaupun dia tidak memahami tp ini akan melatih parenting skill dalam diri kita.

4. bina jadual harian. rancangkan aktiviti dari awal. dari situ kita akan jumpa masa2 yang kita tidak sedar bahawa 'masa masih ada'.

5. cari satu slot utk diri sendiri, utk rileks dan muhasabah diri. mungkin waktu tgh malam sewaktu anak2 sudah masuk tidur.

6. banyakkan bercerita pd anak2, walaupun masih bayi. ceritakan apa saja, walaupun rumusan buku yg kita baca tadi. di samping kita bole share ilmu, ia juga bole meningkatkan vocabulary anak2.

7. membaca bersama anak2. baca buku atau al-Quran bersama mereka. biarkan mereka mengganggu, dengan melibatkan mereka, sekaligus memperkenalkan mereka kepada buku dan Quran, jadi tidak susah bila tiba masa utk mengenalkan mereka kepada bahan2 bacaan tersebut.

8. doa, dan berkata yang baik. instead of "aduh, skg sudah tiada masa lagi utk buat itu buat ini" katakan "Ya Allah, bukakanlah pintu hatiku utk buat itu buat ini".

kita bukan superwoman. tapi kita dikurniakan Allah dengan kemahiran multi-tasking. sambil menyapu bole berfikir, berzikir & berborak dgn anak.

insya-Allah bersama2 kita perbaiki diri.

by Mommy Lyna at 6:34 PM 0 comments

Pengajaran 17: Kasih Sayang

Wednesday, January 16, 2008

Setiap kali melihat wajah anak saya, satu perasaan yang sukar dimengerti menyelinap. Setiap kali dia tiada di depan mata, meskipun cuma dek kerana saya sibuk di dapur, rasa rindu membuak2. Setiap kali dia ketawa bersama orang lain, perasaan cemburu mencucuk naluri.

Sayangnya ibu bapa pada anak, tidak tertolok banding. Menangis, dipeluk. Berak kencing, dicebok. Sakit demam, dirawat. Seekor nyamuk pun tak dibenarkan hinggap. Siang atau malam, meskipun sendiri tidak cukup tidur tidak mengapa, asalkan anak sihat.

Sesungguhnya kasih seorang ibu, amat2 subjektif. Seorang ibu sanggup bersusah payah demi anak-anak, dari tapak kaki sekecil dua ibu jari hinggalah anak dewasa, doa ibu tidak putus2 utk kesejahteraan anak. Meskipun anak itu pernah melukakan hatinya, kemaafan itu sudah tersedia.

Saya terkenang ibu saya sendiri. Jika ada apa2, kami didahulukan, anak2nya. Beliau tidak pernah mengeluh, meskipun anak2 yg sudah besar, bila balik ke kampung, semuanya berubah menjadi budak kecil kembali (malas :P). Beliau memasak makanan kami, membasuh pakaian kami, mengemas rumah yang kami sepahkan, meskipun kami semua sudah besar2. Walaupun penat bekerja seharian, tanggungjawab di rumah tidak pernah diabaikan.

Ada satu insiden di suatu bulan puasa, yang masih segar di ingatan. Ketika itu beliau terlambat bangun utk menyediakan juadah sahur. (kami yg lain seperti biasa bangun makan saja). Disebabkan kekalutan itu, nasi yang dimasak ibu hangit sedikit. Keraknya tebal. Lalu beliau menyenduk nasi ke pinggan kami semua. Dan akhirnya, apa yg tinggal utk ibu cu,alah kerak2 nasi. Namun beliau tidak mencatu nasi yang bagus, semuanya diberi kepada kami. Ibu cuma memakan keraknya. Sungguh, hampir saya menitis airmata bila mengingati itu, tapi apakan daya masih terlalu muda ketika itu, cuma fikir mau nikmati nasi di pinggan sendiri.

Rasulullah bersabda :"Kasih Allah kepada hamba-Nya adalah melebihi kasih ibu kepada anaknya”. Subhanallah! Jika kasih ibu sedalam itu terhadap anak, tidak dapat saya bayangkan bagaimana rupanya kasih Allah itu, jika ia melebihi kasih ibu. Kiranya kasih ibu itu sudah tidak berapa logik. Ya lah, meski tidak tidur malam, mencebok najis, etc. tapi tidak pula seorang ibu bosan & marah kepada anak, malah gembira melakukannya! Lalu, bagaimana pula rupa kasih Allah yg lebih dari itu!

Subhanallah, rupanya hidup ini dipenuhi dengan kasih sayang!

by Mommy Lyna at 4:18 PM 3 comments

Pengajran 16: Quran Buruk

Tuesday, January 15, 2008

Seperti Quran buruk, maknanya seseorang atau sesuatu yang sudah tidak boleh diharapkan atau digunakan tetapi masih dihormati kerana sebab-sebab tertentu.

Saya tidak membincangkan tentang makna peribahasa tersebut, kerana saya bukan pakar bahasa, tapi makna di sebalik perkataan2 peribahasa itu sendiri.

Kenapa diibaratkan orang/benda itu seperti Quran buruk?

Semalam saya tiba2 memperhatikan naskhah al-Quran di atas meja solek di bilik tidur. Lalu saya terbayang waktu2 kecil, semasa belajar mengaji ramai2 dahulu. Kami berlumba2 ke rumah tok guru kerana mahu memilih al-Quran yg paling baru. Naskhah Quran yg lama, memang tidak menarik langsung. Kalaupun dapat yg lama, kami akan menunggu kawan2 lain habis mengaji, mahu tukar dengan yg baru. Akhirnya Quran buruk itu diletak kembali ke tempatnya dan kami mengaji dengan yang baru.

Memang sungguh tersisih sekali!

Begitulah sifat kita, manusia. Sentiasa mahukan yang baik2, bagus2, baru2.. yang buruk2, lama2, kita pinggirkan. Sedangkan itulah benda yg telah byk berjasa pada kita. Dan sebagai kitabullah, baru atau buruk, seharusnya kita jaga dan gunakan, kerana isinya tak berubah dari naskhah ke naskhah (tapi Quran yg usianya belasan ribu tahun menjadi sgt bernilai kerana alasan sejarah :P).

Janganlah jadikan orang tua kita sebagai al-Quran buruk.

by Mommy Lyna at 10:56 PM 1 comments