Pengajaran 10: Tentang Kita

Wednesday, October 3, 2007

kalau ikutkan hati, saya tidak mahu memakai tudung. ye lah, panas, leceh, dan jika senget sikit sudah merubah wajah menjadi seorang makcik. dan menayangkan rambut yang cantik dengan bermacam2 gaya. lurus, kerinting, dye, etc. bukankah rambut itu mahkota wanita?

seperti dalam pengajaran lepas, sy menyebut tentang 'manual' kita. yakni al-Quran. dalam manual itu diberitahu bahawa cara2 utk menayangkan rambut yang cantik, adalah di depan mahram, terutama suami. dan di dalamnya juga ada diberi senarai mahram2 tersebut.

untuk membetulkan pengoperasian sebuah mesin, kita mestilah mengikut panduan di dalam manual. jika kita pandai2 sendiri, mungkin mesin itu tidak akan bertahan lama. atau mungkin tidak bergerak langsung. contohnya sebuah blender. modus operandi ialah dengan menutup mulut blender itu sebelum suisnya dihidupkan, kalo tidak habislah memercik barang yg dikisar itu merata2.

seorang manusia Muslim yg sejati, utk membetulkan kehidupannya, mestilah merujuk pada manual juga. jadi, sesiapa yg mengaku Muslim tp membantah apa yg telah termaktub dalam 'manual' kita, hehe, paham2 sajalah. tengok je la kes blender di atas. kalau tidak faham, tidak mengapa. tp jangan pula sesatkan orang lain. kalau anda rasa apa2 yg tertulis dalam manual itu tidak relevan utk anda, tidak perlu dedahkan kepada orang lain. simpan sajalah utk diri sendiri. ini kerana, tak ramai yg menyedari 'kewujudan' manual itu. ramai antara kita, melihat manual tu cuma sebagai satu benda yg tidak payah dibaca. (saya pun xpernah baca manual barang2 yg dibeli d kedai kecuali barang mahal :P).

menutup aurat adalah satu perkara, dan perkara itu mmg besar kerana semua orang boleh nampak. dan boleh menjadi satu komentar yg besar. dan juga menjadi kayu ukur. kata2 seperti "ala, pakai tudung tak semestinya baik","pakai tudung pun wat maksiat, baik xpayah pakai" dsb membuktikan bahwa pemakaian tudung itu adalah satu alasan utk menjadi baik dan kelihatan baik.

walhal, di dalam manual tersebut ada bermacam2 lagi panduan yg kita tidak nampak kekadang. kenapa kita harus memandang seseorang dek kerana fizikalnya. saya kira, xperlulah kita lihat seorang yg bertudung tp bermaksiat utk dijadikan contoh, kerana kita ada contoh2 yang sudah tercalon sebagai penghuni syurga. malah, Fatimah az-Zahraa putri Rasulullah adalah penghulu wanita di syurga. tidakkah kita mahu menjadi seperti dia? oh, mungkin sebab kisahnya tidak sefamous kisah artis2 masakini yg menjadi idola kita. tahukah kita akan peribadi Fatimah? sedarkah kita akan pengorbanan beliau? mungkin kita berkata "mana bole banding dengan Fatimah. dia anak Nabi, kita ni siapa..?". kalau ada pendapat begitu, nampaknya kita kena belajar semula Pendidikan Islam sekolah rendah yang ada menerangkan kenapa para Nabi itu dilantik di kalangan manusia & bukan malaikat :)

saya tidak pernah memandang yg bertudung litup itu terlalu mulia dan yg tidak bertudung/tidak menutup aurat itu tidak baik. saya ada ramai kawan yg tidak bertudung, tp mereka kekadang berpekerti lebih mulia daripada yg bertudung litup. jadi, di dalam manual yg ada macam2 perkara itu, tidak semua orang mampu melaksanakannya. contohnya, saya mungkin menutup aurat, tp saya mungkin ada sifat hasad dengki dalam hati. sedangkan sifat hasad dengki itu lebih bahaya. jadi, samada kamu bertudung atau tidak, bersyukurlah dengan hidayah yg kamu terima. mungkin hidayah kamu pada penutupan aurat, jd kamu jgn hina mereka yg tidak menutup aurat. mereka mungkin tidak mendapat hidayah itu, tp mereka mendapat dari sudut lain, mungkin ilmu mereka lebih tinggi, mungkin mereka lebih taat pada ibu bapa & suami, mungkin mereka lebih suka bersedekah, etc. dan saya tidak pernah terjumpa di mana2, dalil yg menyatakan jika kamu tidak menutup aurat maka segala kebajikan kamu tidak diterima.

Islam menganjurkan kita agar berpesan2 kepada kebenaran & kesabaran. jadi, berpesanlah. jika kamu menutup aurat properly, pesanlah kepada kawan kamu yg masih belum. jika kamu suka bersedekah, pesanlah pada kawan kamu yg sayangkan duitnya. jika kamu suka berbuat baik, pesanlah kepada kawan kamu yg belum walaupun hanya melempar sekuntum senyum. dan Allah tidak menyuruh orang yg bertudung atau berkopiah saja menyampaikan ilmu-Nya dan mengamalkan perintah-Nya. apa yg kita nmpk hari ni, kerna penampilan fizikal itu lebih significant dari benda2 lain. hinggakan orang yg tidak properly menutup aurat tp rajin solat sunat pun kita rasa hairan.

jika kita boleh menghormati seorang kawan yg beragama lain, semestinya kita boleh menghormati kawan2 kita yg seagama. biarlah dia nak berpurdah, tudung labuh, tudung pusing, tudung selempang, tak pakai tudung, etc. kalo kita tak mampu nk tegur, jangan menghina. paling tidak, doakan kawan2 kita. walaupun kita rasa kita kelihatan baik di depan manusia, di depan Allah, baikkah kita?

by Mommy Lyna at 7:21 PM 2 comments

Pengajaran 9: Tentang Sikap Umat Islam

Monday, October 1, 2007

saya tidak berniat utk mengutuk sesiapa. bila bercakap tentang umat Islam, ia adalah sebenarnya tentang diri saya sendiri. hadis Rasulullah ada menyatakan bahwa umat Islam itu seperti sebuah tubuh badan. bila kaki lumpuh, maka automatik sesorang itu menjadi OKU, walaupun anggota lainnya amat sempurna.

di tempat saya bekerja, umat ISlam adalah minoriti. jd kalau ada sesuatu yg tidak menyenangkan hati (terutama di jalan raya), saya boleh berlapang dada kerana 'mereka bukan orang Islam & sy tidak tahu apa yg diajar dlm budaya mereka'. pulang ke negeri saya, satu2nya negeri yg berada di bawah tampuk pemerintahan Islam, dan bandar yg diiktiraf sbg Bandaraya Islam, sy mengharapkan sesuatu yg berbeza. sekurang2nya saya tidak perlu takut2 utk memandu.

hari pertama kami ke bandar, seperti biasa keadaan jalanraya agak sesak. dan kami ke satu tempat yg dikenali sbg tempat 'tiada parkir'. sy & suami saksikan sendiri, sebuah kereta cuba memasuki kotak parkir tepi dengan melakukan reverse, dgn memberi lampu signal utk parkir. sedang mamat itu sedang cuba mengundur perlahan2, tiba2 sebuah kereta masuk ke petak itu tanpa segan silu. memberhentikan kereta dan terus berlalu.

suami saya amat terkejut melihat kejadian itu. sy kira, mungkin pemandu yg 'mencuri' parkir itu tidak perasan. tp apa ke tidak perasan org di depan sudah memberi lampu signal. sy memberitahu ayah tentang insiden itu. kata ayah, itu mmg perkara biasa di bandaraya Islam ini. sy terkedu. lalu saya berfikir. apakah makna Bandaraya Islam? adakah dengan papan2 iklan wanita bertudung, papan2 tanda memuji Allah, aktiviti2 yg menganjurkan Islam itu cukup utk membudayakan Islam di bandar ini? sedangkan penduduknya kelihatan masih jauh ketinggalan. tidak menghormati orang lain, mementingkan diri, etc.

jadi saya tidak hairan dgn keruntuhan moral yg berlaku dgn giatnya di mana2. tidak kira di bandar apa sekalipun. di Bandaraya Islam pun, penduduknya tidak berupaya utk menghayati norma2 kehidupan sebagai seorang Muslim, jadi tidak hairanlah jika di bandar2 lain yg tidak 'Islam', macam2 perkara terjadi. bagi saya, tidak kiralah orang itu bertudung atau tidak, berserban atau tidak, jika akhlak dan moral berada di bawah paras minima, tiada maknanya sahsiah sebagai seorang Islam.

saya juga ada pergi ke sebuah pusat membeli-belah. ya, orang ramai dan keadaan bersesak2. tidak kira siapa, bertudung labuh atau tidak, semuanya tidak mahu mengalah, hinggakan saya terpaksa memberi laluan kepada mereka (sedangkan saya yg terlebih dahulu memasuki lorong) dengan perut yg memboyot2. mungkin kerana saya tidak bertudung labuh, maka saya tidak perlu dihormati? dalam dunia ini, double standard berada di mana2.

jadi, saya tidak hairan jika allahyarham Adik Nurin diculik dalam keramaian suasana berhampiran pasar malam tempoh hari. siapa peduli? sedangkan ada saksi yg nampak arwah ditarik ke dalam sebuah van putih. kita sudah kehilangan nilai ukhwah. semuanya kerana 'tidak mahu jaga tepi kain orang'. sedangkan Rasulullah berpesan supaya sentiasa memikirkan akan masalah & kebajikan sesama umat Islam.

kiranya... tidak perlu kita terbang jauh ke Palestin, Iraq, Afghanistan, etc. utk menghayati kesengsaraan saudara semuslim kita. lihat ke dalam diri kita, sudah cukup bahagiakah kita? lihat ke dalam masyarakat kita... sudah tamatkah sengsara dalam diri umat Islam di negara ini?

by Mommy Lyna at 8:05 PM 2 comments