Pengajaran 11: Mencari Erti Hidup

Monday, November 5, 2007

saya suka membaca tentang kisah2 kehidupan masyarakat. dari situ saya dapat belajar walaupun tidak dpt memahami akan kehidupan orang lain.. terutama mereka2 yg kurang bernasib baik dari saya. membaca tentang mereka mengajar saya bersyukur dgn kehidupan yg saya ada walaupun tidak sesempurna yang diimpikan.

saya paling suka baca kisah mereka yg insaf.. bagaimana mereka insaf. kadangkala ceritanya simple, tapi agak memberi kesan kepada saya. contohnya pengakuan seorang mamat dreadlock, pemuzik yg berambut macam bob marley dan dikaler2kan. kisah beliau simple saja, kerana ditegur oleh seseorang, orang tu cuma tanya "macamanakaumandiwajib?" lebih kurang camtula. disebabkan orang yg menegur tu lebih lama berkecimpung dlm muzik, dia jadi segan dan terus cahaya keinsafan menyelinap.

memang betul hidayah milik Allah tapi sudah disuruh manusia2 ni menjalankan kerja dakwah dan pengislahan, jadi tugas utk membaikkan orang tu adalah atas kepala kita, walaupun resutnya semua Allah tentukan. yg menarik perhatian saya ialah watak mamat yg terlibat dlm hal2 penginsafan dia. dia segan sal mamat tu org lama dlm bidang muzik. agaknya kalo mamat tu orang baru, mesti dia cakap "kau peduli ape?".

saya suka dgn watak mamat tu. kalo boleh saya nak jadi macam mamat tu. saya tak tau orangnya macamana tp saya assume beliau bukan sorang yg ntahapa2. tahu hukum hakam segala. yela, hari pemuzik, artis ni pakat duk dye rambut apa semua tp mamat ni berpikir mcm tu pulak. walopon mungkin (mungkin saja) mamat tu bukan proposely memasuki muzik utk mendakwahi mereka2 dalam dunia tu tp secara tak langsung beliau dah menjalankan tanggungjawab dakwah. eh, saspek la! lelaki tu pula, lepas insaf tu beliau trus tinggalkan keje2 tahpape yg selalu buat seblom tu.

membaca kisah2 mereka tu sebenarnya mengajar saya (sekali lagi) mensyukuri nikmat iman walaupun nipissss je. mereka di luar sana tu... mencari enjoy, nampak happy dgn hidup tahpape tp sebenarnya dalam hati amat kosong... mereka tahu mereka tidak mempunyai sesuatu tp mereka tak tahu apakah itu. lalu mereka mencarinya di kelab2 malam, disko2, pub2, litar2, belakang2 bangunan, dalam tong sampah, bawah jambatan, etc. sayangya, mereka takkan jumpa.

saya doakan saudara2 saya di luar sana tu bertemu dgn apa yg hiang dari mereka.

by Mommy Lyna at 9:18 PM

0 comments:

Post a Comment