Pengajaran 25 : Ikut Kemampuan atau Ikut Kemahuan?

Sunday, April 6, 2008

pengajaran dari kisah burung kecil yg membawa air ketika Nabi Ibrahim dibakar Namrud : buatla sekadar termampu walaupun sedikit.

lalu itu menjadi ikutan kita, kalo xbole buat semua, buat sikit pun tak apa, asal buat. mana2 yg kita mampu, buatlah.

saya ada perspektif berbeza.

yg di dalam cerita itu adalah burung kecil. bukan garuda. yg di dalam cerita tu burung kecil, kapal terbang.

lalu, apa kemampuan burung kecil? dia membawa air dalam paruh yg kecil itu, kerana itulah saja kemampuan dia. mana mungkin burung kecil tu nak heret setong air atau hos bomba kan?

kita manusia, bukan burung kecil. kita mampu buat benda yg lebih besar. tp kita kata "burung kecil tu dia tahu api takkan padam dgn air dari paruhnya, tp dia tetap juga buat, kerana itu usaha dia utk tolong Nabi Allah. jadi kita kene buat walau sekecil mana usaha utk tolong agama Allah. buatlah mana yg termampu".

buat mana termampu, itu betul. tp mengambil contoh burung kecil utk 'tak apa buat sikit2 mana yg kita mampu, yg xmampu tak payah buat' itu kurang betul. burung kecil itu menggunakan seluruh tenaga dan sumber yg ada padanya. tapi kita? adekah yg kita kata 'mampu' tu benar2 semampu kita, atau hanya sekadar, 'semahu' saja?

pikir balik, apa yg kita buat selama ni (especially dlm menolong agama Allah) , yg kita mampu, atau yg kita mahu?

by Mommy Lyna at 12:32 AM

1 comments:

Assalamualaikum....salam ziarah...anda mempunyai blogspot yg amat menarik...nice article...nice blogspot...teruskan usaha....semoga kejayaan menjadi milik anda....:)

Pejuang Islam said...
August 28, 2008 at 10:04 AM  

Post a Comment