Pengajaran 29: Bersederhana
Wednesday, October 22, 2008
apakah itu qanaah?
qanaah bermaksud rasa cukup dan puas hati dengan apa jua rezeki pemberian Allah, yang merupakan satu sifat Rasulullah.
apakah kecukupan itu dengan tidak berusaha untuk memajukan diri, dengan alasan 'mengejar harta dunia?'.
sifat qanaah, bukanlah bermakna mengekang atau menyekat segala cita-cita, kerana tidak mahu mengejar dunia. tetapi, ia adalah perkara-perkara 'mengejar dunia' yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT. orang yang qanaah tidak berserah nasib begitu sahaja kepada Allah SWT dengan tiada apa-apa usaha. qanaahnya seseorang itu tidak boleh diukur dengan saiz rumah atau kereta yang dimilikinya, kerana sifat sederhana itu bukan bermakna harus makan nasi dengan garam dan naik basikal sedangkan pendapatannya mencecah 5 juta sebulan.
sifat qanaah tidak hanya patut ada pada orang yang tidak punya (miskin), tetapi meliputi semua orang selagi dia adalah hamba Tuhan. kita sering mengibaratkan seorang yang hidupnya agak susah sebagai 'qanaah dan zuhud' sedangkan seorang yang berada sebagai 'tamak haloba pengumpul harta dunia' dan sebagainya. sedangkan, sifat-sifat mahmudah itu bukan datang dari mana-mana kategori kehidupan, akan tetapi dari 'hati-hati' yang menjalani kehidupan tersebut.
contohnya, seorang yang tidak berwang, tetapi saban hari mengeluh tentang keadaan dirinya.. merenung nasib, dan sebagainya. adakah itu sifat qanaah? seorang yang lain bergaji 50juta sebulan, berumah banglo seperti istana dan berkereta 15 biji, selain dari untuk simpanan dan pelaburan keluarga, dia mendermakan sebahagian wang gajinya untuk kegunaan umat Islam yang lain. adakah itu tidak qanaah?
seorang yang qanaah, boleh jadi seorang ahli perniagaan yang berjaya, di kala orang lain sibuk mencari strategi berniaga untuk membuncitkan perut masing-masing, beliau memandangnya sebagai satu ibadah, sehingga sifat taqwa yang menguasai dirinya menghalangnya daripada menipu, merasuah, menyogok, mengipas dan sebagainya. dan keuntungan yang diperolehi tidak semata-mata ditompokkan di akaun sendiri untuk di bawa ke kubur kelak, tetapi diagih-agihkan kepada yang memerlukan, semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.
seringkali kita menganggap bahawa, Islam melarang mencari duniawi, fokus pada ukhrawi. ya benar, memang kita tidak mengejar dunia. tapi harus diingat bahawa dunia ini adalah ladang akhirat. adat berladang, mula-mula kita kena semai benih, jaga dengan baik, sehingga dia membesar dan membuahkan hasil. dan benih itu tidak akan tersemai sendiri kalau kita hari-hari cuma berdoa saja tapi tidak pula bergerak untuk menyemai, menanam, menyiram dan sebagainya.
mengikut sejarah Nabi Adam AS, Qabil dan Habil pernah memberi 'korban' kepada Allah SAW dalam bentuk binatang ternak dan tanaman. maknanya sikap berusaha sudah ada sejak azali dari zaman Nabi Adam lagi. haruslah sekarang kita berusaha, bukan semata-mata berserah saja kepada Allah.
di dunia ini apa yang penting? aci potong ayam, ia adalah wang. kalau tiada wang, bagaimana mahu makan? sedangkan TV3 tolong kutip derma Bersamamu untuk cari dana bagi membantu orang-orang miskin. dan ramai rumah anak yatim yang menunggu insan-insan berhati mulia membantu mereka dari segi kewangan. jika umat Islam semuanya miskin dan tidak berwang, siapa yang mahu menolong mereka? Lion Club lagi? Rotary Club lagi? bila mereka-mereka ini tampil, kita rasa kesal, tapi hakikatnya kita sendiri tidak mampu membantu kerana 'tiada harta dunia'.
Rasulullah bersabda antaranya ialah umat Islam akhir zaman mencintai dunia dan takut mati. akan tetapi Baginda tidak menyebut tentang mencari harta. dan mencintai akhirat, tidaklah dengan mengharapkan rahmat Allah dan bantuan-Nya semata-mata tanpa berusaha meningkatkan ekonomi sendiri dan keluarga.
Rasulullah dan para sahabat sendiri menjalankan perniagaan, dan tidak pernah dinyatakan setelah Islam, mereka semua menumpukan pada dakwah dan menutup semua perusahaan. yang diberitakan, satu demi satu harta kekayaan mereka digunakan untuk kepentingan Islam. saban perang, bukan sedikit dana diperlukan, tetapi tetap saja ada dana dari para sahabat samada dari segi kewangan, haiwan perang, senjata, makanan, dan sebagainya.
jika kita tidak punya apa, apa yang boleh kita sumbangkan? sedangkan di kala dunia menghadapi krisis harga minyak, kita sudah terkulat-kulat. mengapa? kerana kita tiada pengaruh dalam ekonomi dunia. kenapa Islam tidak sampai ke situ? kalau kita perhatikan pun, organisasi-organisasi 'Islam' yang besar-besar, sejauh mana 'qanaah' mereka (kita)? sedangkan dana anak yatim pun ada masuk ke poket sesetengah orang kan (*maklumat underground).
jadi sebagai generasi muda, haruslah kita ubah persepsi terhadap duniawi-ukhrawi. perkataan 'sekular' ini telah membunuh jatidiri kita sebagai orang Islam. sehingga kita pun sebenarnya sekular kerana menumpu semata-mata ke akhirat saja tapi tidak pada masalah dunia. seharusnya kita menyedari bahawa no such 'ilmu dunia', 'ilmu akhirat', 'harta dunia', 'harta akhirat' ... semuanya menjadi OK jika dilaksanakan lillahitaala.
Islam pernah gemilang, dan ia pasti akan gemilang kembali.
walaupun gaji kita tidak seberapa berbanding mereka-mereka yang baru belajar untuk hidup, sedarlah bahawa di situlah sifat qanaah harus dipupuk. bersederhanalah dalam mengejar material. jika mahu gaji lebih, bekerjalah bersungguh-sungguh dan komited dengan kepimpinan kendiri. tidak perlu mengipas dan membodek sesiapa, biarlah gaji kecil asalkan halal dan insya-Allah ada keberkatannya.
jika tidak mampu berbeg Louis Vuitton, pakai beg LV sepuluh ringgit pun OK... tapi kalau mampu berbeg sepuluh ringgit, jangan pula pakai beg plastik free kedai runcit but isi wallet, transparent, senang kena target.

Pengajaran 28: Puasa, Mengandung & Menyusu
Thursday, September 4, 2008
mengandung dan menyusu sebenarnya bukan excuse untuk tidak puasa. tapi... tapi... mengandung dan menyusu SEKIRANYA bimbang akan keselamatan anak/keselamatan diri, barulah layak diberi rukhsoh yakni kelonggaran untuk berbuka atau tidak berpuasa.
mengikut 4 imam pun, hanya dengan KHUATIR AKAN KESELAMATAN, barulah rukhsah itu berjalan. sekadar berasa haus, lapar... itu memang perkara biasa bagi siapa-siapa pun yang berpuasa. jadi itu tidak meringankan seorang ibu mengandung atau menyusu untuk berbuka. yang menjadikan keringanan ialah bila, seperti di atas KHUATIR akan keselamatan salah satu darinya, samada diri sendiri atau anak.
kekhuatiran ini memadai dengan was-was sendiri (dari tanggapan diri), atau pengalaman (pernah mengalaminya) atau pun atas nasihat doktor. tanggapan diri itu bukannya semata-mata sebab berasa letih, penat... tapi tanggapan diri yang takut terjadi apa-apa pada anak atau diri sendiri. kes ini tidak perlukan pengesahan doktor :)
dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas R.A "sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa"
jadi, tidak bolehlah saja-saja tidak mahu puasa sebab mengandung atau breastfeed tanpa ada sebab seperti di atas, dan juga kalau sudah konfem/risau akan adanya kemudaratan (efek janin, anak yang disusukan atau diri sendiri) pun tidak digalakkan meneruskan puasa juga. rukhsah adalah hadiah dari Allah, jadi kita kena terima hadiah dari-Nya dengan senang hati.
kalau berbuka kerana kebimbangan itu, tidak dinamakan 'ponteng', pontengnya bila, tiada apa2 masalah tapi menjadikan mengandung atau menyusu sebagai sebab untuk berbuka... dan ingatlah, meninggalkan puasa sehari tanpa ada apa-apa keuzuran, walaupun diganti dengan puasa setahun pun takkan boleh menampungnya.
"wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (2:183)

Lamanya tak Update
Sunday, June 1, 2008
takde idea nak tulis ape pasal asik menulis kat My Super Child.
hehehe.
Pengajaran 27 : Muslimah yg Ideal
Saturday, April 19, 2008
bagaimanakah menjadi Muslimah yg ideal? ideal ya, bukan idealisitik.
haruslah menjaga 3 perkara besar ini:
1. BODY
- besederhana dalam makan dan minum.
- beriadah.
- jaga kebersihan pakaian dan tubuh badan.
- jaga kebersihan mulut dan gigi.
- jaga kebersihan rambut.
- menunjukkan penampilan yang bagus.
- tidak berlebih2an dalam berhias.
- giat mencari ilmu.
- berusaha untuk mendalami bidang yg diceburi.
- tidak dipengaruhi perkara2 karut dan mitos.
- tidak berhenti belajar dan membaca.
- beribadah dengan konsisten.
- bersama2 dengan orang2 yang menegakkan agama Allah.
- sentiasa berzikir dan berselawat.
- mengikut sunnah.
Pengajaran 25 : Ikut Kemampuan atau Ikut Kemahuan?
Sunday, April 6, 2008
pengajaran dari kisah burung kecil yg membawa air ketika Nabi Ibrahim dibakar Namrud : buatla sekadar termampu walaupun sedikit.
lalu itu menjadi ikutan kita, kalo xbole buat semua, buat sikit pun tak apa, asal buat. mana2 yg kita mampu, buatlah.
saya ada perspektif berbeza.
yg di dalam cerita itu adalah burung kecil. bukan garuda. yg di dalam cerita tu burung kecil, kapal terbang.
lalu, apa kemampuan burung kecil? dia membawa air dalam paruh yg kecil itu, kerana itulah saja kemampuan dia. mana mungkin burung kecil tu nak heret setong air atau hos bomba kan?
kita manusia, bukan burung kecil. kita mampu buat benda yg lebih besar. tp kita kata "burung kecil tu dia tahu api takkan padam dgn air dari paruhnya, tp dia tetap juga buat, kerana itu usaha dia utk tolong Nabi Allah. jadi kita kene buat walau sekecil mana usaha utk tolong agama Allah. buatlah mana yg termampu".
buat mana termampu, itu betul. tp mengambil contoh burung kecil utk 'tak apa buat sikit2 mana yg kita mampu, yg xmampu tak payah buat' itu kurang betul. burung kecil itu menggunakan seluruh tenaga dan sumber yg ada padanya. tapi kita? adekah yg kita kata 'mampu' tu benar2 semampu kita, atau hanya sekadar, 'semahu' saja?
pikir balik, apa yg kita buat selama ni (especially dlm menolong agama Allah) , yg kita mampu, atau yg kita mahu?

Pengajaran 24: Gunanya Lidah
Saturday, March 29, 2008
banyak hadis yg memperkatakan tentang pentingnya menjaga mulut.
bukan saja darihal mengumpat.
tapi darihal 'kegiatan' sehari2 yg kita tidak sedar.
bukankah lebih baik hiburkan hati dengan zikir daripada mengeluh & menyump*h seran*h?
Pengajaran 23: Bila Mengata Orang
Tuesday, March 11, 2008
mengata orang memang seronok. lebih2 lagi pada isu2 hangat yang berunsur fitnah lagi ditokok tambah, dan dicampur anasir2 dengki lagi irihati.
mengapa kita suka mengata? mungkin, sebab kita tak dapat apa yang dia ada. dan mungkin, sbbkita tidak berada di tempat dia.
memanglah kita, orang lain serba tak kena. kita saja yang betul. tapi kita kena ingatlah, yang menguji kita itu ialah Allah Yg Maha Esa. Dia tak perlu banyak masa untuk pulangkan paku buah keras atau orang Putih kata pay back ke kita.
contoh kisah benar (nama dirahsiakan).
si A mengata kawannya B, yg baru kawen. terlalu dgr cakap laki la... mak turut la... penakut la.. etc. si A belum kawen masa tu. B terasa hati, lalu menjauhkan diri. bila dia kawen, sekali dia lagi teruk dari B, siap tak balik rumah ibu sendiri sebab suami x izinkan, & siap benarkan suami kahwin sorang lagi walaupun hidup cukup2 makan saja. lalu A tidak menjadi setegas dulu. sedih2 saja.
satu sudut positif, A menjadi isteri solehah yg taat pada suami. tp fahamilah bagaimana perasaan si B sewaktu di kata depan2 & belakang satu masa dahulu. hilang sorang kawan.
naudzubillah, semoga Allah melindungi kita dari perbuatan begitu. andai ada teman bermasalah, bantulah dia. dekatilah dia dengan approach yang baik, jika tidak mampu, doakanlah dari jauh. kita bukan best pun. kita ni cuma hamba Allah, yang sama saja. di akhirat esok semua kita akan ditelanjangkan. kita pun akan menjalani penghisaban. jadi, apa beza kita dengan dia?
biar Allah saja yg menilai. kita pula, usahlah berpecah belah begitu oleh sebab kita tak sama. bukankah Allah menjadikan manusia itu berbeza2?

Subscribe to:
Posts (Atom)