Pengajaran 13: Perihal Bercinta

Monday, December 3, 2007

satu satu saya sayang Allah
dua dua sayang Rasulullah
tiga tiga sayang ibu ayah
satu dua tiga sayang semuanya...

bila kita bercinta, mencintai, kita pasti sanggup berbuat apa saja demi cinta kita. orang kata, unconditional love.

kita sebenarnya boleh meng-unconditional-kan love kita tu terhadap beberapa perkara saja. sedar atau tidak, unconditional love kita kadang kala tidak kena pada tempatnya. ke mana kita patut serahkan unconditional love kita, atau cinta tanpa syarat?

bagi saya, yg pertama2 ialah Allah. kerana Allah yg menciptakan, yang memelihara kita dan yg akan memberi balasan kita di akhirat besok. kemudian mencintai Rasulullah, kerana bagindalah nabi kita, melalui bagindalah nikmat iman ini sampai ke kita dan baginda adalah qudwah hasanah yg teragung. kemudian, ibubapa kita kerana merekalah yg menghadirkan kita di muka bumi, melahir, membesarkan, mendidik & mereka telah memberikan kita kasih sayang tanpa syarat mereka tu. kemudian, seterusnya mengikut kepentingan masing2 la.

tp adakah kita sedar sebenarnya kasih sayang tanpa syarat kita tu ke mana? ke Allah ke? bila senang kita lupa diri, bila susah baru mencicit2 nak berdoa, tu pon kalo doa kita lambat diterima, mula pikir macam2..Allah tak sayang la, Allah tak adil la, etc. etc. ibu bapa? masa kecik2 mak suruh pegi kedai, mintak upah. dah besar mak suruh apa2, semua malas. kekasih ajak kawen lari pegi siam sanggup pulak. kononnya nak mempercepat kawen utk elak maksiat tp dalam tu tak sedar dah melukakan hati mak. sedangkan Rasulullah dah bersabda supaya mengutamakan mak 3 kali, pastu baru ayah. tapi kita hari ni, kekasih hati 100 juta kali baru mak dan ayah :) dan gunakan alasan elak maksiat pula.

bukan perkara baru, kan. itu perkara biasa. cinta yg tak kena pada tempatnya. mungkinlah, sebab Allah tidak respon dengan kata2. bila kita berdoa ke, bertanya pada-Nya pun, Dia tak ada jawab macam kita boraks ngan kekasih kita. mak ayah pun, tak speak the same language ngan kita.

sebenarnya cinta kita bersyarat. syaratnya yg kita cintai tu mestilah kita kenali, org kata tak kenal maka tak cinta. bila kita kenal kekasih kita seorang yg kacak, macho, anggun, ayu, menarik, seksi, etc., dan boleh buat kita gila, maka barulah kita cinta pada dia. kita tidak dpt mencintai Allah kerana kita tak kenal Allah. setakat tahu Allah yg menciptakan dan Allah adalah Tuhan, itu saja kot. lain2 tentang kebesaran Allah, kita tak kenal. sebab itu susah nak mencintai Allah. kita tak nampak Allah, sebab tu kita tidak mabuk cinta dengan Allah.

sebenarnya, bila kita kenal Allah, hari2 kita boleh 'nampak' Allah. dan bila kita 'nampak' Allah, kita dah tak nampak dah muka kekasih kita yg kononnya berjanji sehidup semati tu, sebaliknya kita nampak apa yg Allah katakan tentang cinta, siapa yg patut kita cinta dan bagaimana utk mencintai orang2 yg kita cintai itu.

tapi bagaimana mahu 'nampak' Allah kalo mata kita kabur dan hati kita kelam. oleh itu, bersihkanlah hati dengan menyebut Allah daripada menyebut2 mereka yg kita cinta. cintai Allah, tenang&senang dunia akhirat. cinta ibu hingga ke syurga. cinta ayah sepanjang masa. cinta saudara semasa kaya. cinta anak2 semasa mereka kecik. cinta kekasih...? hehe.

jika kita boleh mencintai anak-anak sehingga sanggup tak tidur malam dan sebagainya, mengapa kita tak boleh mencintai Allah & Rasul-Nya seperti itu? cinta kekasih kena dengan "I love you" dengan romantis. cinta Allah, koman2 pun hanya dengan zikrullah dalam hati saja, Allah tahu kita mencintai-Nya. cinta Rasulullah, koman2 pun dengan selawat tak serius pun Rasulullah tahu kita mencintainya.

**kekasih=orang yg belum sah menjadi suami/isteri kita.

by Mommy Lyna at 11:04 PM

3 comments:

Siti....terima kasih kerana mengingatkan...memang manusia sering terlupa...bila susah mencari Allah...bila senang semuanya hilang...

Yang kak lady paling tak suka ialah anak2 yang bercinta sakan hingga lupa ibu ayah...tapi bila dah susah sendirian ditinggalkan kekasih dlm kesengsaraan...barulah tercari2 mak & ayah semula....

aNIe said...
December 4, 2007 at 8:17 PM  

best baca artikel siti ni...tima kasih yer sbb mengingatkan diri akak jugak....

RaFFLeSiA MeRaH said...
December 6, 2007 at 5:25 PM  

cinta itu suatu nikmat Allah yang patut disyukuri. kerana cinta mengatasi amarah, mengatasi benci, mengatasi kekasaran dan perkara2 negatif.

apapun utamakan cinta kepada Allah dan perkara2 yg menuju akhirat.

apa yg ada di dunia ini hanyalah bersifat sementara.jika kita kehilangan cinta di dunia ni, usahlah ditangiskan seteruk2nya kerana dunia ni mmg tidak bernilai utk ditangisi.

kakLuna said...
December 14, 2007 at 12:50 AM  

Post a Comment