Pengajaran 15: Panggilan Haji

Thursday, December 6, 2007

bulan Zulhijjah bakal tiba. sekali lagi musim haji dilalui. alhamdulillah. syukur tak terhingga bagi mereka-mereka yang terpilih utk menyambut panggilan haji mabrur pada tahun ini.

mengerjakan haji di baitullah adalah rukun Islam yang ke-5, yg mana yg paling linean kerana ada tambahan - bagi yang berkemampuan. mampu di sini dari segi perbelanjaan, kesihatan tubuh badan, persediaan dan sebagainya.

HAJI, satu word yg amat besar bagi kita terutama masyarakat Melayu. dalam masyarakat kita, seseorang yg bergelar Haji atau Hajjah adalah lambang kemuliaan dan ketinggian agama dalam diri dan hidup mereka. namun, benarkah begitu? lalu, apabila haji-hajjah yg kembali dari sana dengan perangai lama, maka kita akan menggeleng2 kepala. "tak padan dengan Hajjah, duk pakai seksi2 lagi". dsb.

Allah pernah berfirman "sesungguhnya yg paling mulia di antara kamu ialah yang bertaqwa".

berbalik kepada kisah haji. patutkah kita menilai ketaqwaan seseorang (dan diri sendiri) dari status 'kehajian' itu? apekah benar seorang Haji itu akan sentiasa 'bersih' dari sebarang dosa dan menjadi seorang yg paling mulia dalam masyarakat? adakah yg tidak haji atau masih belum haji, tidak mengapa jika berbuat onar, kerana masih belum haji.

jadi, di mana iktikad kita. pada Allah atau pada gelaran Haji? baguslah kalau kita segan berbuat benda buruk kerana status 'Haji' yg kita ada (saya belum lagi, insyaAllah...), tapi bagaimana jika kia belum 'Haji'? lalu kurang sikit segan tuk berbuat benda2 yg tidak elok. orang pun tidak kisah jika kita bukan 'Haji' jika 'ada perangai'. kalau 'Haji' & ada perangai, memang akan jd buah mulut orang.

sepatutnya, Haji atau tidak, sebagai Muslim kita mestilah sentiasa memperbaiki diri, menjauhi perkara yg tidak enak dipandang dan melakukan perkara2 yg baik. semoga kita semua menjadi Muslim yg bertaqwa, lebih2 lagi bila kita sudah nak haji.

:)

by Mommy Lyna at 8:02 PM

4 comments:

salam sitilina..
ya betul..100 persen saya sokong.
kalau psl hajah deja m***..(emm no komen)siapa kita utk menilai org lain.

HAPPYIRFA said...
December 9, 2007 at 10:44 PM  

hajah skrg ni mcm x de aper kan? utk yg belum betul2 nak insaf laa, cuma diorg ni nak pegi sane, duit dah terlebih gamaknyer, kurang2 org pandang dia dah pegi haji, tapi name jer pegi haji, tapi ati x bersih2 lagi...huhuhuhu, Allahualam....bila tiba musim haji tingat masa antar mak pi haji and sambut mat balik haji....sayu jerrr suasana masa tu...

RaFFLeSiA MeRaH said...
December 12, 2007 at 11:55 PM  

sepatutnya dlm kita membeza2kan manusia hanyalah kepada 3, Islamnya, Imannya dan Akhlaknya. tetapi kita telah biasa membeza2kan mengikut kulit,pangkat,kaum dsb. kemudian, bila terdapat keburukan dari satu2 kumpulan itu, mulalah di cop kumpulan itu tak elok keseluruhannya.berbalik pd yg bergelar haji mereka juga tertakluk utk memenuhi ketiga2 syarat Islam,Iman dan Akhlak tsbt. yg memenuhi smua sifat pasti akan menjaga kesucian haji nya.

kakLuna said...
December 14, 2007 at 12:45 AM  

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my site, it is about the CresceNet, I hope you enjoy. The address is http://www.provedorcrescenet.com . A hug.

Anonymous said...
January 9, 2008 at 5:08 PM  

Post a Comment