Pengajaran 17: Kasih Sayang

Wednesday, January 16, 2008

Setiap kali melihat wajah anak saya, satu perasaan yang sukar dimengerti menyelinap. Setiap kali dia tiada di depan mata, meskipun cuma dek kerana saya sibuk di dapur, rasa rindu membuak2. Setiap kali dia ketawa bersama orang lain, perasaan cemburu mencucuk naluri.

Sayangnya ibu bapa pada anak, tidak tertolok banding. Menangis, dipeluk. Berak kencing, dicebok. Sakit demam, dirawat. Seekor nyamuk pun tak dibenarkan hinggap. Siang atau malam, meskipun sendiri tidak cukup tidur tidak mengapa, asalkan anak sihat.

Sesungguhnya kasih seorang ibu, amat2 subjektif. Seorang ibu sanggup bersusah payah demi anak-anak, dari tapak kaki sekecil dua ibu jari hinggalah anak dewasa, doa ibu tidak putus2 utk kesejahteraan anak. Meskipun anak itu pernah melukakan hatinya, kemaafan itu sudah tersedia.

Saya terkenang ibu saya sendiri. Jika ada apa2, kami didahulukan, anak2nya. Beliau tidak pernah mengeluh, meskipun anak2 yg sudah besar, bila balik ke kampung, semuanya berubah menjadi budak kecil kembali (malas :P). Beliau memasak makanan kami, membasuh pakaian kami, mengemas rumah yang kami sepahkan, meskipun kami semua sudah besar2. Walaupun penat bekerja seharian, tanggungjawab di rumah tidak pernah diabaikan.

Ada satu insiden di suatu bulan puasa, yang masih segar di ingatan. Ketika itu beliau terlambat bangun utk menyediakan juadah sahur. (kami yg lain seperti biasa bangun makan saja). Disebabkan kekalutan itu, nasi yang dimasak ibu hangit sedikit. Keraknya tebal. Lalu beliau menyenduk nasi ke pinggan kami semua. Dan akhirnya, apa yg tinggal utk ibu cu,alah kerak2 nasi. Namun beliau tidak mencatu nasi yang bagus, semuanya diberi kepada kami. Ibu cuma memakan keraknya. Sungguh, hampir saya menitis airmata bila mengingati itu, tapi apakan daya masih terlalu muda ketika itu, cuma fikir mau nikmati nasi di pinggan sendiri.

Rasulullah bersabda :"Kasih Allah kepada hamba-Nya adalah melebihi kasih ibu kepada anaknya”. Subhanallah! Jika kasih ibu sedalam itu terhadap anak, tidak dapat saya bayangkan bagaimana rupanya kasih Allah itu, jika ia melebihi kasih ibu. Kiranya kasih ibu itu sudah tidak berapa logik. Ya lah, meski tidak tidur malam, mencebok najis, etc. tapi tidak pula seorang ibu bosan & marah kepada anak, malah gembira melakukannya! Lalu, bagaimana pula rupa kasih Allah yg lebih dari itu!

Subhanallah, rupanya hidup ini dipenuhi dengan kasih sayang!

by Mommy Lyna at 4:18 PM

3 comments:

syoknyer hidup kita ni kan, sentiasa diresapi dgn kasih syg, huhuhuhu...dikk...jom masuk blog akak kalau free, ader tayangan gambar free kat situ...hehehe, sementara stok masih ader...

RaFFLeSiA MeRaH said...
January 17, 2008 at 5:36 PM  

Salam.kak siti.sedih la baca entry ni.. teringat ibubapa di kampung.

saya pernah dengar 1 ceramah ustaz ni. point dia pun mcm yg akak sebut.lebih kurang kata beliau :

dalam al-Quran Allah berfirman

"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa..."[An-Nisa':36]

".... janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua ibubapa...." [Al-An'aam:151]

Selepas tauhidkan Allah, kita kena buat baik terhadap ibu dan bapa.
Tinggi taraf ibubapa.

Ustaz tu cakap lg, Allah telah menanamkan dalam hati ibu dan ayah percikan dari sifatNya iaitu Al-Wahab. Al-Wahab ertinya Yang Maha Memberi. Dan memberi ini ada 5 cara bagaimana Allah memberi sesuatu kepada hamba-hambanya.

1. Memberi tanpa meminta apa-apa balasan

2. Memberi secara berulang-ulang iaitu terus memberi berulang kali

3. Memberi tanpa diminta

4. Memberi sesuatu yang amat berharga

5. Memberi sesuatu perkara yang baik supaya daripada perkara yang baik itu terbit kebaikan yang lain.

Semua ni pun ade pd ibu dan bapa.

Sampai bila2 pun tak terbalas jasa mereka.

Akak, terima kasih kerana menulis tentang entry ni. Insaf.

Anonymous said...
January 18, 2008 at 8:46 AM  

MasyaAllah akak,

Sgt sedih baca entry ni. Menangis saya... Tak dpt digambarkan betapa sebaknya maksud2 yg akak sampaikan ni.

Saya bukan anak yg baik. Kadang2 ckp Umi Ayah pun saya melawan. Astaghfirullah... Tapi Umi Ayah tetap memaafkan dan menyayangi anaknya tanpa berkira biarpun hati terluka. =(

Dgn Allah SWT apetah lagi. Bayangkan Dia tanpa henti2 membei rezeki dan rahmat kpd kita, tapi kita selalu lupa mengingatiNya, waktu tertentu je... Hamba apelah kita ni...

Terima kasih banyak2 akak, sbb telah menyedarkan saya dan pembaca lain. Sungguh meruntun jiwa. Semoga Allah kurniakan kebaikan buat akak sekeluarga.

Selamat memanfaatkan akhir2 Ramadhan, dan selamat hari raya Aidilfitri.

Anonymous said...
September 19, 2008 at 9:22 AM  

Post a Comment