Pengajaran 1: Mengenal Mad'u

Saturday, August 25, 2007

Saya mendapat pengajaran yg besar smlm. Setelah sekian lama meninggalkan arena..

Seorang blogger ada menulis tentang keutamaan beribadat di malam Nisfu Syaaban. Biasalah benda2 mcm ini kan. Saya menegur beliau kerana terlalu taksub dgn ‘pahala yg banyak di malam nisfu syaaban’. Saya katakan bahwa apa yg disukai Allah ialah amalan yg sedikit tp berterusan, bukannya amalan segunung pada hari2 tertentu sahaja. Ternyata beliau tidak bersetuju & terus mengatakan bahawa amat rugi sesiapa yg tidak menunaikan amalan2 yg disunatkan pada malam tersebut. Saya pula berkata, yg penting amalan kita sehari2, xperlu nk ditekankan pada hari2 tertentu (ni ke Islam had-hari?) utk beribadat..saya xsebut la tentang bidaah dlm amalan tersebut & perbuatan tercela yg hanya beribadat pada hari2 tertentu saja.

Tahu apa? Ramai la pula kawan2 beliau yg mengkondemn saya. Konon2nya saya saja2 nk argue atas perkara baik, dan menghalang org nak beribadat, etc.

Akhirnya aku mengambil keputusan utk diam saja. Dan sesungguhnya tidak akan pergi ke laman itu lagi.

Sebelum bercerita tentang mad’u tadi, suka utk saya berpendapat skg kita amat2 konfius dalam ibadat. Disebabkan amalan2 yg berzaman2 dibuat oleh masyarakat kita, kebanyakannya berputar pada hari2 tertentu, etc. bukan salah, dan bukan tidak elok. Mmg bagus utk beramal, tp amal yg baik ialah yg berterusan. Biar sedikit tp hari2 kita buat. Bukannya hanya pada bulan Rejab, hari nisfu syaaban, etc. Sebabnya hari nisfu buku catatan kita direnew lalu semua org pn nak berpuasa, baca yasin, solat sunat etc. pada hari itu. Siapa tak dpt buat, rugi2 yg amat.

Salah sebenarnya pendapat sebegitu. Malah hadis2 tentang amalan tersebut sudah dipersetujui ulama’ sebagai hadis maudu’ yakni yg direka2 & bukan amalan Rasulullah. Malah dlm Islam, sekali lg dinyatakan, no such hari2 tertentu yg pahalanya lebih dari hari2 lain. Unless yg mmg sudah termaktub dalam al-Quran spt malam lailatul-Qadar. Tp pahala tu satu perkara yg sgt subjektif. Tidak dikira dgn 1,2,3,5 ribu, 6 juta, etc. hanya Allah saja yg tahu. & mlm lailatulQadar pn tiada siapa yg tahu. Ulama2 membuat kesimpulan dari apa yg Rasulullah buat, yakni iktikaf pd 10 mlm terakhir. Tp itu tidak membuktikan lailaltulqadar pd malam2 tersebut. Jadi mengikut logic pemikiran, kenapa Allah rahsiakan Lailatul-Qadar? Tidak lain tidak bukan supaya kita beribadah setiap hari. Kalo x, malam lailatulqadar je la pakat2 bgn semayang.

Mengenai mad’u.. sesungguhnya amat2lah penting utk mengenal mad’u dgn sebenar2nya. Saya sgt silap kerana assume budak itu adalah seorang yg ‘faham’. Itulah sebenarnya, amat penting utk mengenal mad'u sebelum bercakap dengan beliau.

Maka saya dpt membuat kesimpulan, para mad’u terdiri drp beberapa tahap.
1. kelas A : kerakyatan biasa, tp rasa mereka tahu banyak & rasa cukup best. Bila ditegur, akan melenting.
2. kelas B : latarbelakang spt kelas A tp humble. Bial ditegur tidak melenting tp akan bertanya utk clarification.
3. kelas C : latarbelakang spt kelas A & kelas B tp mempunyai semangat inkuiri utk belajar.
4. kelas D : up sedikit. Faham dan mahu mendalami agama.
5. kelas E : faham, mahu mendalami dan mahu menyampaikan kepada org lain.
6. kelas special SA: tidak mengambil tau soal agama. Bla ditegur, melenting.
7. kelas special SB: tidak mengambil tau soal agama tp bila ditegur, boleh terima.
8. kelas special SC: tahu soal agama, suka mendalami tp suka berdebat tentang perkara2 yg tidak2, spt agama semua sama saja, Islam teroris, etc.
setiap kelas2 yg tersebut, mempunyai cara2 tersendiri utk didekati. Dalam tarbiah pun ada tahap2nya, bukan sekali harung saja. Berikut sedikit panduan utk mendekat kelas2 tersebut:-

KELAS A: biar kan mereka berasa best dgn pengetahuan mereka. Jgn berhujah, jgn melawan, tp banyakkan bertanya kepada mereka & soalan biar berdasarkan hadis/ayat Quran. Sampai last2 mereka akan sedar sdr bahawa selama mereka hanya perasan bagus & hentam keromo saja.

KELAS B: teruskan merapati mereka & berdiskus tentang apa yg mereka keliru.

KELAS C, D & E: kelas ini tidak susah kerana mereka akan mencari kita.

KELAS SA: jgn tegur, jgn sound. Tp tunjukkan contoh yg baik, semoga satu hari mereka akan tergerak hati. Kalo ditegur/disound dirisau akan merosakkan hubungan pula.

KELAS SB: bole sound tp jgn sampai menyinggung. kalo beliau adalah kawan rapat kita bole sound direct.

KELAS SC: jgn marah tp berhujahlah dgn cara berhikmah. Daei perlu byk ilmu utk berdepan dgn mereka ini. Kerana mereka sudah tersedia hujah yg bukan2 di kepala.. hehehe.

Yg penting bg seorang daei ialah persiapan utk menjadi mad’u utk diri sendiri, menjadi murid utk diri sdr. Sudah nature manusia, tidak mahu terima dari sumber melainkan yg bagus2 sahaja. Kalau kita adalah golongan ustaz/ustazah atau yg berpendidikan agama, mungkin mudah kerana pakej itu sudah ada. Tapi disebabkan kita hanya orang2 biasa yg tiada keistimewaan tersebut, perkara terpenting ialah menjadi sahabat mereka yakni orang yg boleh dipercayai. Jadi, sorang daei hendaklah menjadi teman sebelum menjadi daie kepada mereka2 ini.

Kejadian ini sesungguhnya membuka mata kepada saya, bahawa ukhwah Islamiyah di kalangan penduduk Malaysia memang tidak boleh dibanggakan. Kita mungkin hanya berukhwah sesama golongan kita saja, tapi orang2 lain kita tinggalkan dengan fahaman2 yg turun temurun diamalkan. Mungkin mereka 'faham' tapi disebabkan tiada hubungan dengan orang2 yang lebih 'berfaham' menyebabkan pemahaman mereka tersekat di satu tahap saja.

Jadi adik2 dan anak2 sekalian, berukhwahlah. Semua yg ada di sini adalah saudara kita. Kita dan merekalah yang mesti menjaga kesucian agama kita sendiri.

by Mommy Lyna at 12:50 AM

0 comments:

Post a Comment