Pengajaran 3: Di Ambang Ramadhan

Thursday, August 30, 2007

alhamdulillah, tahun ni diketemukan dengan ambang Ramadhan lagi. semoga diketemukan ngan Ramadhan pula.

tahun ni saya berasa agak gementar juga. rasanya ingin membuat pembaharuan dalam menyambut Ramadhan, tp keadaan tidak mengizinkan. insyaAllah, utk tahun2 ke hadapan saya akan cuba utk menghidupkan suasana menyambut Ramadhan di rumah ini, bersama keluarga terutam anak-anak.

seawal syaaban, sepatutnya saya sudah mulakan perayaan menyambut Ramadhan di rumah. antara perayaan pre-Ramadhan yg dianjurkan ialah:-
persiapan dgn puasa – Rasulullah berpuasa dgn banyaknya di dalam bulan Syaaban. tidak pernah Baginda berpuasa di bulan2 lain sepertimana di bulan Syaaban.

persiapan dgn bacaan Al-Quran – kena start momentum bacaan Al-Quran kita since Sya’ban, so bila dah dtg Ramadhan nnt kita tak akan ada mslh utk meneruskan tilawah kita.

persiapan dgn doa – mesti berdoa supaya ditemukan dgn Ramadhan, even sahabat2 Rasulullah dahulu berdoa supaya ditemukan dgn Ramadhan 6 bln sebelumnya kerana teramat rindu pada Ramadhan.

persiapan dgn tazkirah Ramadhan bersama keluarga – dgn mengulangkaji fiqih2 & fadhilat2 puasa bersama keluarga.

menghias rumah untuk menyambut Ramadhan – untuk memberi smgt kepada anak2 bg menyambut Ramadhan, boleh gantung hiasan2 n belon2 bg memeriahkan suasana. insya-Allah akan saya laksanakan utk anak2 kelak.
saya amat bersyukur kerana tahun ini kami bakal dikurniakan cahaya mata menjelang Syawal, jadi tiada keghairahan menyambut Syawal, tiada pakaian baru mahupun budget utk kuih2 dan sebagainya. apa yang penting bagi kami suami isteri ialah persiapan menyambut kelahiran cahaya mata pertama kami, yang dijadualkan genap 40minggu pada aidilfitri. semoga beliau selamat dilahirkan pada tarikh tersebut.

bulan ini juga mempunyai sejarah utk diri saya, di mana saya menyambut hari kelahiran ke-26 tahun Hijriah pada 21 Syaaban, yakni pada 3 September ini. semoga saya akan menjadi hamba Allah yang lebih baik sepertimana kebaikan yang Allah limpahkan dalam bulan Syaaban.

by Mommy Lyna at 5:46 AM

2 comments:

Salam,

Terima kasih entri-entri di sini. Bermanfaat. Teruskan.

Moga berkat dan rahmat Syaaban dan Ramadhan bertambah-tambah diberiNya untukmu.

Bunga Rampai said...
August 31, 2007 at 7:39 PM  

salam kak bunga,

terima kasih. baru tergerak hati utk menulis kembali.

salam berkah Syaaban Ramadhan utk kak bunga juga :)

Mommy Lyna said...
August 31, 2007 at 11:39 PM  

Post a Comment