Pengajaran 2: Tentang Merdeka

Thursday, August 30, 2007

bila sebut tentang merdeka, sesungguhnya saya have no idea utk memberi pendapat. melainkan pendapat2 yg mmg tipikal la:-
-merdeka makanya kita bebas dr sebarang bentuk penjajahan
-lambang perjuangan tokoh2 kemerdekaan
-kita berupaya berdiri atas kaki sendiri
-etc.etc.

sebagai hamba Allah, kita memang sudah merdeka sejak azali lagi. merdeka utk mengutarakan pendapat, merdeka utk memilih cara hidup, namun tetap berlandaskan syariat yg telah Allah gariskan. namun, sebagai hamba yg merdeka ini, merupakan satu benda yg rumit pula utk menetapkan sempadan kemerdekaan kita itu.

contohnya sebagai manusia di bumi merdeka. kita katakan, kita merdeka dari sebarang bentuk penjajahan. sebenarnya tidak. kita masih terjajah dalam kepala hotak ni. kita tak ada keupayaan utk berdiri lagi sebenarnya. ya, kita sudah meningkat maju tp di sebalik kemajuan itu, siapa yg berdiri? kita cuma tinggal sebagai pengkritik yg tidak dipedulikan saja. siapa nak kisah? kita cuma ada suara tp tiada upaya. bukan kah itu masih terjajah namanya?

sebagai hamba Allah, kita terjajah dgn pemikiran bukan2 yg akhirnya menyebabkan kita sendiri confuse. kenapa ini berlaku? kerana kita cuma ambil Islam sekerat2 saja. jadinya yg banyak kerat itu menjadikan kita mengeluarkan banyak persoalan daripada jawapan. sebab kita tidak memerdekakan diri dan pemikiran utk mendalami Islam. kita cuma nampak apa yg kita nampak dgn mata kasar saja. utk belajar tentang Islam, bukan semacam makan kek. nampak sedap & ia memang sedap. ia seperti membuat kek. tidak tahu, tidak jadi. ramuan xbalance, tak jadi. silap sikit, tak jadi.

perasaan merdeka itu datang bila, kita tahu apa kita buat, faham apa kita cari. dan orang menghormati kita kerana keyakinan kita.

itulah merdeka.

by Mommy Lyna at 2:07 AM

0 comments:

Post a Comment