Ahlan Ya Ramadhan

Tuesday, September 11, 2007

Ramadhan al-Mubarak datang lagi.

Ramadhan, sinonim dengan sahur, puasa, terawih, bulan penuh berkah dan.. RAYA!

Kedatangan Ramadhan dinanti oleh semua. Malah anak kecil pun tak sabar menunggu tibanya bulan puasa. Mungkin kerana pintu gerbang untuk Hariraya atau apa... Tp sekurang2nya anak kecil sudah sedar kewujudan Ramadhan, itu memang satu benda yg cukup bagus.

Semasa kecil (dan sekarang pun) saya menanti2 bulan Ramadhan kerana di tanah kelahiran saya, waktu inilah ada pesta makanan. Kuih2 manis yg tidak pernah (atau jarang) didapati dalam hari2 biasa, dijual merata2 dalam bulan puasa. Sungguh berasa syurga (heaven) bila dapat berbuka dengan kuih2 manis (selain kurma). Dan bulan puasa berasa rileks sedikit. Malam2 selepas terawikh ada makan2 lagi :)

Kenangan di Bulan Ramadhan, masa kecil2 dulu ialah drama2 berbentuk Islami di televisi (aduh, terkeluar bahasa Bu Arini pula). Saya masih ingat drama Wardah, Kisah Nabi Musa, etc. yg ditayangkan sepanjang bulan itu. Waktu petang2 tidak lagi diisi dengan main2, tp dgn menonton drama2 tersebut, dan menolong mak. Lebih2 lagi bila raya semakin hampir. Wah, Ramadhan sungguh berbeza tika itu.

Setelah dewasa ni, penghayatan Ramadhan dirasakan berbeza. Tidak ada lagu 'bau' Ramadhan. Malah sering berasa, tiada beza bulan Ramadhan dengan bulan lain melainkan puasa dan terawikh. Mungkin kerana komitmen yg banyak menyebabkan 'bau' Ramadhan tidak terasa sangat. Saya sering berbincang dengan rakan2 tentang 'bau' Ramadhan. Dipersetujui ramai, bila besar ni, Ramadhan tidak lagi terasa, seperti waktu kecil2 dulu. Mungkinkah dosa yg menimbun?

Teringat komentar dengan ustaz. Tentang taubat dan penerimaan amal. Kata beliau, jika mahu 'melihat' penilaian itu, lihatlah bagaimana performance kita di bulan Ramadhan. Jika ada perubahan ke lebih baik, alhamdulillah. Insya-Allah taubat & amal diterima. Jika keadaan yg sama saja (or lebih teruk berbanding) dengan bulan2 lain, paham2 saja lah. Itu membuat saya gementar. Gementar jika keadaan saya lebih buruk dari sekarang bila tiba bulan Ramadhan.

Semoga segala amal kita dan taubat yang ikhlas diterima. Dan Ramadhan bukan sekadar sahur, puasa dan terawikh. Semoga Ramadhan membawa seribu satu perubahan dalam diri kita semua.

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN
AHLAN YA RAMADHAN

by Mommy Lyna at 4:25 AM

8 comments:

Salam Ramadhan dari saya. Selamat berpuasa. Semoga ibadah kita semua lebih sempurna berbanding yang lepas.

:)

Bunga Rampai said...
September 11, 2007 at 8:59 PM  

salam ramadhan kak rampaisari :)

Mommy Lyna said...
September 12, 2007 at 12:50 AM  

Salam.Kaksiti, Ramadhan Kareem. May Allah give us immense strength and reward.

Anonymous said...
September 12, 2007 at 4:09 AM  

Assalamualaikum....
Terima kasih banyak-banyak kerana sudi menziarah blog ana. Semoga tulisan dan catitan kita yang ikhlas akan dibaca oleh orang yang ikhlas jua. Juga semuga yang ditulis akan mendekatkan kita kepadaNya.Teruskan menulis!

September 13, 2007 at 5:02 PM  

Anak ikan di dalam sampan, Terkena jerat dek bubu rotan; Janganlah makan berbuka berlebih-lebihan, Nanti mudarat seluruh badan..

Anonymous said...
September 13, 2007 at 7:26 PM  

yong,

salam ramadhan jua buat kamu di perantauan sana. jaga diri :)

Mommy Lyna said...
September 14, 2007 at 6:10 AM  

amin al-kalantani,

waalaikumussalam.
amiin~ semoga bersama2 kita mendapat pengajaran dari cetusan masing2. & semoga Allah menganugerahkan hidayah & taufiq buat kita semua.

Mommy Lyna said...
September 14, 2007 at 6:12 AM  

yginsaf,

betul. makanlah berpada2. nanti tak larat pula nak solat :)

Mommy Lyna said...
September 14, 2007 at 6:12 AM  

Post a Comment